Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Balqis..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep here, Do follow


My Post

Thanks Bear

Template 100%: Atin Tory
Editor:Your name
Help:
BAB 9
Friday 20 October 2017

BAB SEMBILAN
“BUKAN SEMUA CERITA CINTA BERAKHIR DENGAN KEGEMBIRAAN…”

BERNYANYI-NYANYI kecil dia semasa melangkah keluar dari bilik mandi. Tuala yang membalut rambutnya dibetulkan apabila tuala itu gulungan tuala itu hampir-hampir tertanggal. Dia melangkah menuju ke walk-in wardrobenya. Pintu bilik yang memang sentiasa terbuka itu lagi dibukanya memberikan ruang untuk dia melangkah masuk ke dalam bilik yang dipenuhi dengan pelbagai jenis baju, kasut, beg dan bermacam-macam benda lagi. Semua kepunyaan dia seorang.

            Dia berjalan menuju ke tempat pakaian santai atau pakaian tidur atau pakaian rumahnya. Dia berdiri di hadapan baju-baju yang tergantung kemas. Mungkin kembarnya baru sahaja mengemas baju-baju itu. Dia memilih gown tidur Minnie Mouse kegemarannya. Baju disarungkan ke badan. Tuala yang dari tadi membaluti rambutnya di tanggal dan dibiarkan sahaja terdampar di atas lantai. Dia berjalan keluar dari bilik pakaiannya dan pergi ke meja soleknya pula.

            Hair dryer dicapai dan butang ‘on’ ditekan. Serta-merta haba panas keluar dari hair dryer itu. Dia mengeringkan rambutnya sehingga betul-betul kering. Sambil-sambil itu dia menyikat rambutnya yang ikal mayang itu dengan menggunakan jari-jarinya. Setelah memastikan rambutnya sudah betul kering, dia menekan butang ‘off’ dan meletakkan hair dryer itu di sebuah meja kecil khas untuk peralatan rambut. Dia memulakan rutin harian malamnya. Setelah itu, dia tersenyum melihat pantulan wajahnya di cermin muka.

            Kaki melangkah menuju ke meja belajarnya. Handphone dicapai dan novel kegemarannya di ambil sebelum berjalan ke arah katil Queen size. Dia melemparkan tubuhnya yang kecil molek itu ke atas katil sebelum mencari sudut yang selesa dan memulakan bacaannya. Terdengar sayup-sayup lagu yang perlahan datang dari I-pod di yang terletak di meja lampu. Tumpuannya betul-betul pada bacaan. Walaupun sudah berkali-kali dia membaca buku itu, namun reaksinya tetap sama. Seolah-olah itulah kali pertama dia membaca buku itu.

            Bunyi dari telefon bimbitnya juga tidak dihiraukan. Berduyun-duyun notification yang masuk namun tumpuannya sedikit pun tidak terganggu. Itulah salah satu kelebihan yang diperoleh Qaireen. Jika dia sudah mula membaca, letaklah jam loceng sebesar mana pun, tumpuannya tetap tidak akan terganggu. Kawan-kawan yang rapat dengannya menggelar itu satu sumpahan.

            Ketukan di pintu bilik juga tidak dihiraukan. Qisya yang sudah berkali-kali mengetuk pintu bilik kembarnya itu mengeluh berat. Perlahan-lahan pintu bilik ditolak dan sekali lagi dia mengeluh. Kembarnya itu sedang membaca buku. Patutlah ketukan dan panggilan darinya tidak bersahut. Dia menjeling sekilas ke arah jam di dinding bilik itu. Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Memang waktu untuk Qaireen membaca pun.

            Qisya duduk di atas katil Qaireen tanpa menunggu jemputan dari tuan empunya katil itu. Dia menunggu beberapa minit untuk Qaireen sedar kehadiran dirinya di situ. Sambil itu tangannya menguis segala teddy bear yang terdapat di atas katil Qaireen itu. Setelah bosan dia memandang Qaireen yang masih lagi tidak henti-henti membaca buku. Dia mengeluh. Dengan pantas dia merampas novel dari tangan Qaireen.

            Qaireen terkejut. Dia memandang tangannya yang sudah kosong itu. Dia memandang kembarnya di sebelah yang sudah pun merampas bukunya tadi. Kembarnya itu tersenyum sumbing. Dahi Qaireen mula berkerut. Geram dia rasakan apabila bacaannya terganggu. Paling pantang dia jika ketika dia sedang membaca orang menggangu pembacaannya itu.

            “What do you want, Sya?” Tanya Qaireen.

            “What makes you think I want something from you?” soalan dijawab dengan soalan. Novel diletakkan diatas katil. Dia memandang kembarnya. Kening sebelah di jongketkan.

            “Then, buat apa you datang bilik I ni? Kacau ajelah you ni!”

            “Alah, I saja je nak lepak dengan kembar I ni. You know, catching up with you.” Qisya merangkul kejap bahu Qaireen. Kepala dilentokkan ke atas bahu Qaireen.

Ya, memang mereka sudah lama tidak lepak bersama. Kedua-duanya terlalu busy dengan kelas. Walaupun kembar namun mereka tidak mengambil course yang sama. Qisya memilih untuk mengambil bidang undang-undang kerana sejak kecil lagi dia amat meminati bidang itu. Manakala Qaireen memilih bidang penulisan kerana dia memang meminati bidang itu.

Oleh itu, mereka jarang dapat berjumpa. Kalaupun dapat berjumpa, masanya terlalu singkat. Qaireen kadang kala pulang lewat kerana dia lebih suka menyiapkan semua tugasan yang diterima di universiti. Katanya di rumah dia mahu berehat sahaja. Manakala Qisya apabila Qaireen pulang ke rumah sudah sampai masa dia untuk tidur ataupun ketika itu dia sedang sibuk menelaah buku-buku di bilik bacaannya.

“You nak catch up apa?” Tanya Qaireen. Melayan sahaja kehendak kembarnya. Jujur, dia juga rindukan belaian dari kembarnya itu. Tetapi ego menghalang dirinya dari memberitahu perkara sebenar.

“I dengar you got a date malam ni. How was it?”

Dahi Qaireen berkerut. Date? Bila pulak dia ada date? Kenapa Qisya tahu tentang date itu dan dia tidak tahu? Am I missing something? What date?

Qisya yang memahami riak wajah Qaireen menjadi pelik. Takkanlah dia tak ingat? Habis tu tadi dia pergi mana?

Wait, you don’t remember?” Tanya Qisya. Dia memandang tepat ke wajah Qaireen.

Qaireen menggeleng kepalanya. “What date are you talking about?”

“Wait! Hold up! Nurin call I tadi kata you ada date dengan this guy. I don’t remember his but I think it start with L. Luq… Li… La… alaa, I tak ingatlah!”

Bertambah berkerut dahi Qaireen. Siapa pulak? L? Luq… oh! Matanya membulat memandang wajah Qisya. Dia sudah ingat. Ya, dia memang ada berjanji untuk keluar makan bersama dengan Luqman tapi dia lupa kerana dia terpaksa menolong kawan baiknya. Dan kemudian dia lupa semula. Dan kini ingatannya sudah kembali pulang.

“Oh My God! Macam mana ni? Tadi I dah ingat masa I ambik Fae, tapi I forgot to bring my phone with me. I nak inform dia balik tadi but I guess I lost my memory. Oh My God. What time is it? What time is it?!”

“Wow, chill woman! Its only 9.30. You still have time to call him, you know, to say sorry?”

“Ya Allah its 9.30 already?! No! Its too late. Aduh macam mana ni? Should I call him? Or should I wait sampai esok? Tapi macam mana kalau I lost my memory again? Aduh. This is making me crazy. What should I do?”

Qaireen memandang wajah Qisya. Matanya berair. Serabut kepala dia memikirkan apa yang patut dia lakukan. Patutlah sejak tadi dia rasa semacam. Seolah-olah dia terlupa sesuatu. Puas dia fikir namun tak sampai-sampai apa yang dia lupa. Sudahnya dia memilih untuk tidak fikirkan tentang itu. Tidaklah serabut kepalanya. Namun terasa menyesal pula sekarang.

Qisya menggaru kepalanya. Dia juga sudah jadi pening dengan keadaan Qaireen. Tidak tahu apa jenis nasihat yang patut diberikan. Dia fikirkan ketika dia lihat kembarnya keluar dalam keadaan yang kelam-kabut tadi untuk pergi keluar bersama lelaki yang dia masih tidak tahu namanya apa. Rupa-rupanya untuk mengambil Faezya. Kenapa dengan Faezya?

“What’s wrong with Fae, anyway?” Tanya Qisya untuk menghilangkan tanda tanya dari membelenggu fikirannya. Jika dia tidak bertanya, maka sampai sudah dia akan memikirkan tentang perkara itu sehinggalah dia mendapat jawapan.

“Dia pening kepala tadi. So dia minta tolong I to pick him up.” Jawab Qaireen.

Qisya pelik. Pening kepala? Tadi elok aje aku sembang dengan dia dalam telefon, siap membongokkan aku lagu, tiba-tiba pening kepala? Eh, pelik-peliklah orang malam ni! Biar betul?

“So you keluar tadi tu pergi ambik Fae lah and bukannya pergi jumpa that guy?”

Qaireen meraup wajahnya dengan kasar. Bengang pulak dia dengan kembarnya ini. Biasanya dia yang lembab, malam ni kenapa Qisya pula yang lembab?

“Ya Allah, which part I pergi ambik Fae yang you tak faham ni? You makan apa ni sampai lembab macam ni? Being lembab is my job. You’re suppose to be the brilliant one not the slow one!” marah Qaireen.

Kepalanya sedang berserabut memikirkan apa yang patut dia lakukan, Qisya bukannya mahu menolong malah menambahkan lagi kepeningannya. Mahu sahaja disikunya Qisya ketika itu. Namun dia terpaksa bersabar. Kalau disikunya kembarnya itu, making bertambah slowlah. Dan bertambahlah kerja yang patut dia lakukan.

“Ish you ni! I tanya je. Tak payahlah marah-marah.” Qisya menjeling Qaireen. “Okay, macam ni you relax. You tak payah contact dia malam ni. Chill, relax. Esok you jumpa dia, you minta maaflah. Tapi jangan esok you lupa pulak. Kang lagi berapi mamat tu. Kalau you lupa lagi, hm, elok you tanam jelah diri you dalam tanah.” Nasihat Qisya. Dia cuba untuk menenangkan kembarnya.

“You don’t think he’s… mad, kan? Dia tak marah kan?”

“Gila tak marah? Kalau I jadi dia, I pun marah. Dah janji kut, lepas tu you boleh lupa pulak. You stood him up for God how many hours!” bebel Qisya. Dia menjeling Qaireen.

“Hey, you’re not helping me!” Qaireen meraung.

“Alaa, sorrylah. No, he won’t be mad at you. Siapa yang boleh marah to this face.”

Qisya mencubit pipi Qaireen yang gebu dan bulat itu. Qaireen cuba menepis tangan Qisya dari terus mencubit pipinya. Sakit! Habislah hilang kegebuan dan kebulatan pipinya nanti. Ish!

“Dah, dah. Don’t you worry that pretty head of yours. You tidur. Esok class pagi kan? Tidur. Esok you jumpa dia, you mintalah maaf, okay?” Qaireen menganggukkan kepalanya.

Qisya bangun dari katil Qaireen. Qaireen membaringkan dirinya di atas katil. Qisya menarik selimut sehingga ke dada Qaireen. Dia mencium dahi dan kedua belah pipi Qaireen.

“Good night.”

Qaireen memerhati Qisya sehinggalah Qisya sudah keluar dari bilik tidurnya. Telefon bimbit dicapai. Tangannya laju sahaja menekan-nekan skrin telefonnya itu. Butang send ditekan setelah dia selesai menaip apa yang ingin dia taipkan.

‘Hey Fae, is your head okay?’

Dia menunggu balasan daripada kawan baiknya itu. Mesej sudah pun diterima namun masih tiada balasan. Qaireen menggigit bibirnya. Kenapa dia ternanti-nanti balasan dari lelaki itu? Dan kenapa tiba-tiba sahaja dia terfikirkan tentang lelaki itu?

Qaireen menggaru kepalanya. Telefon bimbit di tutup dan diletakkan di atas meja lampu. Mata dipejamkan rapat. Membiarkan dirinya hanyut dibuai mimpi yang indah.

“HI LUQ!” sapa Qaireen. Sejak tadi dia mengekori Luqman dari belakang. Nak menegur dia takut akan ditempik oleh lelaki itu. Setelah mengumpul semangat dan keberanian barulah dia berani untuk menegur.

            “Oh, hi.” Balas Luqman, acuh tidak acuh sahaja balasannya itu.

            “I nak minta maaf.” Kata Qaireen perlahan. Memulakan perbualan dengan penuh berhati-hati. Risau kalau lelaki itu masih menyimpan marah terhadapnya.

            “Untuk apa?” Luqman berhenti dari berjalan membuatkan Qaireen turut berhenti. Laju degupan jantungnya.

            “Luqman, janganlah macam ni. I betul-betul nak minta maaf ni. My friend called me last night, asking for my help and I couldn’t said no to him. I totally forgot about our dinner semalam. I minta maaf sangat-sangat.”

            Qaireen separuh merayu memohon keampunan daripada Luqman. Matanya berkaca-kaca. Dari semalam perasaan bersalah membelenggu dirinya. Tidak cukup tidur dia kerana perasaan bersalah itu.

            “Kita ada janji ke nak keluar makan malam? I can’t recall anything from last night after you stood me up for three hours and watching you drove away entah pergi mana!” marah Luqman. Dia memandang wajah putih Qaireen yang sudah menjadi kemerah-merahan yang entah berpunca daripada apa. Dia berlalu pergi dengan langkah kaki yang laju.

            Qaireen terkejut. Tidak disangka Luqman akan menengkingnya begitu. Air mata jatuh daripada matanya. Dia memandang badan Luqman yang semakin menjauh darinya. Tak, I tak boleh mengalah macam ni! Qaireen mengelap air matanya dengan kasar sebelum berlari mengejar Luqman.

            Qaireen menarik dengan kasar bahu Luqman untuk berhenti membuatkan badan Luqman yang agak tough itu terdorong ke belakang. Nafas Qaireen laju. Antara marah dan sedih. Dan mungkin juga geram. Dia tidak akan membenarkan dirinya ditengking seperti tadi dan membiarkan pelaku itu pergi begitu sahaja. Tidak sama sekali.

            “Look, I know what I did was unforgiveable but its not like I sengaja nak lupakan janji kita. I owe you an apology and I dah minta maaf pun, and you should just forgive me walaupun susah.”

            “You ingat senang ke I nak maafkan you macam tu aje? I tunggu dekat depan condo you tiga jam tau. Tiga jam.”

            “I’m not done yet!” jerit Qaireen apabila Luqman memintas percakapannya. “Ya, memang I tak patut pun buat macam tu dekat you. I should at least call you or message you but I didn’t sebab I lupa! I panicked okay. I panicked bila my best friend call I. I drove my car like a maniac semalam nasib baik I tak accident aje. Yes, memang salah I and that is why I’m asking you an apology but it seems like I shouldn’t bother to ask pun. We have nothing going on between us okay. You tak patut pun nak marah-marah macam ni. At the first place, I tak nak pun keluar dengan you but you insist I keluar jugak. So, do you think you have the right to marah macam ni? And you need to understand one thing, if I had to choose between you and my best friend, I would choose him, every single time. Because he actually meant something to me, but you. No. You’re just another random guy who actually get lucky to get to know me.”

            Selepas melepaskan apa yang terpendam di dalam hati, dia berlalu pergi. Laju sahaja langkah kakinya menuju ke tempat parking kereta. Tidak dihiraukan pandangan pelajar lain yang dari tadi menjadi penonton dramanya dengan Luqman sebentar tadi.

            Dahi Luqman berkerut. Dia hanya mampu memandang Qaireen yang semakin jauh. Mungkin ada salahnya juga. Dia tidak mahu menerima alasan daripada Qaireen. Dia membiarkan perasaan marah menguasai dirinya. Ya, dia memang sangat marah. Dia terpaksa menunggu Qaireen berjam-jam. Berpuluh kali dia menelefon Qaireen namun tiada jawapan. Mesej yang dihantar pun juga tidak berbalas. Lagi bertambah marah apabila dia melihat Qaireen memandu keretanya keluar daripada kondominium yang didudukinya.

            Qaireen mencampakkan beg dan fail ke atas seat sebelah sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan dan butang air cond ditekan. Dia perlu menyejukkan hati dan badannya yang sedang panas ketika itu. Setelah beberapa minit dia duduk sendirian cuba untuk meredakan rasa marahnya, dia mencari-cari telefon bimbitnya yang ada di dalam beg. Setelah jumpa, tangannya laju mendail nombor yang ketika itu terlintas di fikirannya.

            “Hello Fae, where are you?” tanya Qaireen sebaik sahaja panggilannya berjawab.

            “Qai? What’s wrong?”

            “Where are you?!” jerit Qaireen.

            “I’m at the office. Kenapa ni? Siapa buat you ni?”

            “Can I see you, please?”

            “I ada meeting sekejap lagi. Can’t this…”

            “Please…”


            Faezya mengeluh. Dia kalah dengan rayuan Qaireen. Akhirnya dia bersetuju untuk membenarkan Qaireen datang ke pejabatnya. Misi untuk mengelak daripada berjumpa dengan Qaireen; gagal. 


Older Post