Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Balqis..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep here, Do follow


My Post

Thanks Bear

Template 100%: Atin Tory
Editor:Your name
Help:
BAB 2
Tuesday 17 November 2015

BAB DUA
“BUKAN SEMUA CERITA CINTA BERKAHIR DENGAN KEGEMBIRAAN…”


LUQMAN memerhati perempuan yang duduk selang dua buah meja dari tempat duduknya. Sejak dia melangkah ke dalam café di university mereka, perempuan berambut merah itu telah pun menjadi pemerhatiannya. Matanya tidak lepas dari memandang perempuan itu. Seolah-olah dia, predetor, dan perempuan itu, mangsanya. Tunggu masa sahaja untuk dia menyerang perempuan itu. Kawannya yang di sebelah, Asyraf, yang dari tadi bercakap tidak berhenti-henti bagaikan radio rosak, lansung dia tidak endahkan. Bagaikan angin yang berhenti seketika di telinganya dan berlalu pergi.

            Asyraf akhirnya berhenti bercakap bila dia perasan yang Luqman lansung tidak menumpukan perhatian terhadapnya. Senget kepalanya memandang Luqman yang dari tadi tidak berkelip matanya memandang ke tempat lain. Dahinya mula berkerut. Pelik dengan apa yang kawannya sedang perhatikan. Dia turut memandang ke arah tempat yang Luqman memandang sedari tadi namun dia tidak nampak apa-apa yang menarik perhatiannya lansung. Dia cuma nampak Qaireen dan kawan baiknya, Nurin, yang sedang berbual. Tak mungkin!

            “Woi, Man!” Asyraf menepuk kuat bahu Luqman menyebabkan Luqman menyembur air yang ada di dalam mulutnya.

            “Apa benda kau ni? Tak reti bagi salam apa? Kalau aku mati tercekik tadi, macam mana?” marah Luqman. Dia mengelap mulutnya dengan tisu. Dia mendengus kasar. Asyraf yang sedang menggaru kepalanya, di pandang dengan penuh kegeraman. Dah buat salah, buat bodoh aje!

            “Maaf…” kata Asyraf dengan wajah yang bersalah. “Dah kau lansung tak nak layan aku, tu jelah yang aku mampu buat. Kau tenung apa dari tadi? Tak berkelip lansung mata kau tu.”

            Luqman menjeling tajam Asyraf. “None of your bisuness!”

            “Eleh, duk cakap mat saleh pulok! Bagi taulah, Man. Hang duk pandang apa dia dari tadi? Awek eh? Mana, mana?”

            “Ish, kau ni! Jangan sibuklah.”

            “Hok aloh… bagi taulah.” Rayu Asyraf. Namun rayuannya masih tidak di hiraukan oleh Luqman. Asyraf mencebik geram. Geram betul dia dengan kawan serumah dia ni. Nasib baiklah kawan kalau tidak memandang dah lama dah dia ketuk kepala Luqman.

            “Man…” panggil Asyraf, lembut.

            “Hm…”

            “Kau tengok apa?”

            “Tu…” Luqman mencebikkan bibirnya ke arah perempuan berambut merah yang masih lagi berbual dengan kawannya.

            “Mana?”

            “Tu… awek merah tu.”

            Mata Asyraf membulat. Betullah sangkaan dia tadi. Luqman perati Qaireen dari tadi. Tak sangka dia yang kawan dia jugak boleh tersangkut dekat Qaireen. Siapalah yang tak kenal Qaireen. Qaireen Iris Aufa, gadis gilaan ramai pelajar lelaki di university ini. Orangnya berdarah kacukan Melayu-British. Walaupun ramai yang meminatinya, namun dia seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri. Setiap lelaki yang datang padanya dengan harapan yang besar, akan pulang dengan hati dan harapan yang sudah di musnahkan.

            “Apa yang menarik sangat pasal dia sampai kau pandang dia tak lepas?”

            Luqman pusingkan badan dia pandang Asyraf. Perempuan berambut merah yang dari tadi menjadi perhatiannya terus di lupakan. Tumpuannya kini hanya pada Asyraf. Dia duduk menongkat dagu.

            “Entah. Macam ada sesuatu yang menarik pasal dia tapi yang pasti bukan rambut dia yang merah menyala tu. Kalau ya pun nak warnakan rambut, pilihlah warna lain. Merah? Aku tengok dari tadi macam dah traffic light. Orang yang drive kereta, dari jauh boleh berhenti kau tau tak sebab rambut dia tu. Apa nak jadilah. Pulak tu, kau tengok pakaian dia. Lansung tak melambangkan ke-Melayuan. Itu pun kalau dia Melayulah. Pakai baju tak cukup kain. Dia nak tunjuk dekat siapa semua lemak-lemak tu? Eh, aku pun tak berkenanlah nak nengoknya! Konon nak jadi mat saleh, huh! Dah kalau tekak makan sambal belacan, buatlah cara orang Melayu. Nak sangat jadi mat saleh buat apa?”

            Asyraf tidak menumpukan perhatian terhadap apa yang baru diperkatakan oleh Luqman tadi. Tumpuannya hanya pada perempuan yang berdiri di belakang Luqman. Wajahnya… oh, sangat menyeramkan! Renunganya bagaikan ada sinaran elektrik yang menembak ke arah Luqman. Mukanya merah menyala, menahan marah mungkin. Kalau di dalam cerita-cerita kartun, pasti ada asap kemarahan yang keluar daripada telinganya.
           
MATANYA tidak lepas dari memandang wajah lelaki yang berada di hadapannya. Lelaki itu kelihatan gemuruh. Ya, memang patut pun dia berasa takut selepas apa yang baru dia katakana sebentar tadi! Mahu saja Qaireen membaling kasutnya ke arah lelaki itu untuk melepaskan rasa marahnya. Terasa menyesal pula dia kerana memilih untuk memakai kasut runners hari ini dan bukannya kasut heelsnya yang tajam-tajam. Tentu lagi berganda sakit yang akan dirasai oleh lelaki di hadapannya itu.

            “Sa… saya … saya minta maaf.” Kata lelaki itu. Sedikit pun dia tidak menentang pandangan perempuan di hadapan dia.

            “Minta maaf? Huh, senangnya! You tak kenal I lansung dan I tak kenal you pun. You’re total stranger to me but yet, you cakap itu ini pasal I macamlah you dah kenal sangat dengan I!” marah Qaireen. Memang dia terasa betul dengan apa yang lelaki itu katakan tadi. Bukannya salah dia di lahirkan dengan rambut berwarna merah. Bukan salah dia kalau dia lain dari perempuan Melayu yang lain.

            “Saya, Luqman. Luqman Haziq. Awak boleh panggil saya Luq, Man, Ziq…”

            “You ingat I nak tau sangat ke nama you?!” jerit Qaireen geram.

            Luqman terdiam.

            “Dengar sini, you tu budak baru, buatlah cara budak baru! Sebelum you nak cakap pasal I, you cerminlah diri you tu dulu! Masalah ke pada you rambut I merah menyala? Apa? Tayang lemak I? Eh, kalau you geli sangat dengan semua lemak I ni, you jangan pandanglah! Tak ada siapa pun suruh you tenung I macam you’re eye raping me. Nak jadi mat saleh? For your information, I’m mix blooded. Salah ke?”

            Luqman terdiam. Dia kini sedar akan kesalahan yang dia lakukan. Dia tidak sepatutnya bercakap dengan lantang seperti tadi. Dia bukannya kenal pun dengan perempuan yang ada di hadapannya ini. Sikit pun dia tak kenal, tapi entah kenapa, lancar mulutnya mengutuk perempuan di hadapannya. Malah, sampai sekarang, dia masih tidak tahu siapakah nama perempuan di hadapannya ini.

            “Lelaki jenis macam you nilah, menjijikkan I.” Qaireen terus berlalu sebaik sahaja dia melepaskan rasa marahnya. Sebenarnya, bukan dia mahu memarah lelaki itu sahaja, malah dia mahu melakukan lebih dari itu. Seperti menendang kaki lelaki itu, mencurahkan air ke atas kepala lelaki itu seperti di dalam drama-drama Korea yang dia sudah tonton. Bermacam-macam cara yang dia sudah rancang di dalam fikirannya untuk memalukan lelaki itu.

            Qaireen berjalan ke kelas dia yang seterusnya dengan perasaan yang membara. Nurin sudah hilang entah ke mana. Mungkin sudah pun berada di kelasnya. Jam di tangan dia jeling dan dia mengeluh. Dia sudah terlambat. Semua sebab lelaki itu. Tanpa membuang masa, Qaireen berlari ke kelasnya. Habis pelajar-pelajar yang ada di corridor di langgar. Dia hanya sempat menjerit kata maaf kepada mereka sahaja kerana dia perlu cepat.

            Sampai di hadapan pintu kelas, Qaireen menarik nafas panjang. Dia mengelap peluh yang ada di dahi supaya tidak ada tanda-tanda bahawa dia baru sahaja lepas berlari. Perlahan-lahan pintu di buka dan suara pensyarah yang sedang menjagar terus berhenti. Qaireen melangkah masuk ke dalam kelas perlahan-lahan dan meminta maaf kepada pensyarahnya. Pensyarahnya hanya menganggukkan kepala dan Qaireen berlalu pergi ke tempat duduknya, di sebelah Nurin.

            “You pergi mana dengan budak tu?” bisik Nurin perlahan.

            “Tak pergi mana. We’re just talking in front of the toilet.” Balas Qaireen dalam nada yang sama.

            “Toilet, are you serious? Tak ada tempat lain ke you nak bercakap dengan dia?”

            “That’s the only place I could drag him without anyone notice.”

            Nurin menggelengkan kepalanya. Semasa mereka mahu keluar dari café tadi, secara tidak sengaja mereka terdengar perbualan—kutukan Luqman terhadap seorang perempuan berambut merah. Memandang di univeriti mereka itu hanya Qaireen yang berambut merah, mereka dapat mengagak kutukan itu ditujukan pada siapa. Qaireen yang dengar kutukan itu, ingin menangis namun dia hanya menggigit bibirnya dan menahan dirinya dari mengalirkan air matanya turun dan menunjukkan dirinya lemah pada lelaki itu.

            Selepas lelaki itu berhenti mengutuk Qaireen, dia tidak menunggu lama dari menarik lelaki itu keluar dari café dan berlalu pergi. Qaireen lansung tidak memberitahu Nurin ke mana dia mahu pergi. Nurin yang sedar dia sudah agak terlambat untuk ke kelas, terus berlalu pergi. Dia tidak menyangka pula Qaireen dan lelaki itu berbincang di hadapan tandas. Dia fikirkan mungkin Qaireen dan Luqman pergi ke tempat lain untuk berbincang. Tetapi tandas menjadi pilihannya.

            Tiba-tiba pintu kelas terbuka sekali lagi dan Luqman melangkah masuk. Dia menggaru kepala dia dan meminta maaf kepada pensyarah mereka. Apabila di tanya mengapa lewat, Luqman menjawab bahawa dia terperangkap di dalam tandas. Pensyarah mereka menganggukkan kepalanya dan Luqman berlalu ke tempat duduknya. Memandangkan di sebelah Qaireen sahaja yang kosong, Luqman tiada tempat lain selain dari duduk di sebelah Qaireen.

            Qaireen mendengus geram. Dia menjeling Luqman yang perlahan-lahan duduk di sebelah Qaireen. Nurin di sebelahnya sedang mencuba sedaya upaya untuk tidak melepaskan tawanya. Kelakar apabila melihat Qaireen dan Luqman. Seorang seperti cacing kepanasan manakala seorang lagi seperti mahu meletup bila-bila masa sahaja.

            “Okay class, so for this week assignment, I want you to reform a group with the person beside you. So look at your friend beside you.”

            Qaireen menarik nafas panjang dan memandang wajah Luqman. Luqman tersengih dan melambaikan tangannya.

            “That is your partner for this assignment. I want you to choose a topic and disscuss it with him or her, okay? And I want it done by next week class, okay?”

            Qaireen mengeluh. Dia tersandar lemah di kerusinya. Tiba-tiba satu idea muncul di dalam fikirannya.

            “Ah, sir!” panggil Qaireen. Encik Rahman memandang ke arah Qaireen, salah seorang pelajar kegemarannya.

            “Yes, Qaireen?”

            “Can I switch my partner?”

            “Why? What’s wrong? Is there anything problem with Luqman?”

            “N… no, nothing is wrong…”

            “Then, I see no problem him being your partner. I want the assignment done by next week, Qaireen.” Encik Rahman tersenyum ke arah Qaireen. Pelik juga dia dengan perangai Qaireen hari ini. Sebelum ini Qaireen tidak pernah lewat datang ke kelas dan dia tidak pernah ada masalah apabila dia memberikan tugasan berkumpulan namun hari ini bermacam-macam masalah pula yang Qaireen timbulkan. “I shall see you all next week and remember finish your work or you have to repeat my class.”

            Qaireen melepaskan keluhan yang berat. Dia memandang Luqman dan Luqman sekali lagi tersenyum ke arahnya dan melambaikan tangannya ke arah dia. Qaireen menggelengkan kepalannya. Dalam banyak-banyak orang, Luqman yang menjadi rakan setugasnya.

            “Have fun!” Bisik Nurin perlahan ke telinga Qaireen sebelum melarikan dirinya dari menjadi mangsa cubitan Qaireen.


            Qaireen menjeling geram ke arah Nurin yang sudah pun meninggalkan kelas mereka. Dapat dia dengar ketawa Nurin walaupun dia sudah berada di luar kelas. Qaireen memandang ke arah Luqman. Kali ini Luqman tidak tersenyum dan melambaikan tangan ke arahnya namun turut memandang dirinya. Qaireen mengeluh berat. 


Older Post | Newer Post