Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Balqis..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep here, Do follow


My Post

Thanks Bear

Template 100%: Atin Tory
Editor:Your name
Help:
BAB 1
Saturday 12 July 2014

BAB SATU
“BUKAN SEMUA CERITA CINTA BERAKHIR DENGAN KEGEMBIRAAN…”





QAIREEN terbangun daripada tidur apabila hidungnya terbau makanan yang sedap. Kembang kempis hidungnya menghidu bau yang datang dari arah dapur, mungkin. Dengan mata yang masih terpejam rapat, dia meraba-raba sekeliling katilnya yang bersaiz sederhana besar itu, mencari handphone yang tidak henti-henti berbunyi. Sebaik sahaja jumpa handphone, Qaireen dekatkan muka dia dengan skrin telefon bimbitnya. Membulat mata dia bila nampak jam dah pukul berapa.

            Tanpa membuang walau sedikit masa pun, Qaireen terus bangun dari katilnya dan dengan kadar kelajuan yang sangat laju, dia menyambar dua helai tuala pink dia dan terus berlari-lari masuk ke dalam bilik air yang ada di dalam biliknya. Kuat jeritan Qaireen kedengaran bila air dari paip terkena badan. Panas bukan main! Dia keluar dari bilik air dan tutup suis water heater sebelum masuk balik untuk sambung pemandian dia yang terganggu.

            Qisya, kembar kepada Qaireen menjengahkan kepalanya ke dalam bilik Qaireen. Tersenggih dia bila terdengar bunyi air dan suara Qaireen yang membebel seorang diri dalam bilik air. Itulah, semalam orang suruh tidur awal, degil! Seboleh-boleh nak habiskan novel yang dah lama dinanti-nantikan. Qisya tutup pintu bilik Qaireen bila bunyi air berhenti, takut Qaireen keluar dan ternampak dia menghendap ke dalam biliknya. Qaireen ni bukan betul sangat. Perangai dia, unexpected sangat!

            Qaireen keluar dari bilik air dengan memakai bath robe yang agak besar. Terpaksa dia mandi tanpa membasahkan rambutnya. Balik nanti mesti busuk bau peluh. Sabar jelah eh rambut. Nanti balik aku cuci kau kasi bersih baik punya, Qaireen tersenyum seorang diri di hadapan cermin muka dia sambil menyapukan cream di muka.

            Selesai bersiap, tanpa membuang walau sedikit masa pun, Qaireen terus keluar dari bilik dia. Mesej yang dia terima dari kawan baiknya, Faezya, amat menakutkan. Dah lebih sejam kawan dia tunggu dia dekat bawah. Dia pun dah lambat pergi kerja. Masing-masing lambat. Semuanya salah siapa kalau bukan salah Qaireenlah!

            Qaireen menonong pergi ke pintu utama tanpa menyinggah ke meja makan yang terhidang sarapan. Kembarnya yang sama. Kembar dia memang berbeza perangai dari dia. Qisya lebih matang berbanding Qaireen yang masih perasan budak. Kadang bilik Qaireen tu Qisya yang bersihkan. Baju pun sama.

            “Eh, mak cik! Tak nak makan dulu ke? Lapar nanti, pengsan kang dekat class.” Tegur Qisya yang sedang menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggan untuk housemate dia, Farihin.

            “Tak bolehlah, Fae dah tunggu lama dekat bawah tu. Membebel pak cik tu karang. Dia dah lambat nak masuk office tu.” Jawab Qaireen sambil menyarungkan kasut Fly knits racer ke kakinya yang bersaiz amatlah kecil. Macam kaki baby gitchu!

            “Alah, suruhlah dia tunggu kejap! Awak tu bukannya boleh tak makan. Nanti pengsan apa Sya nak jawap dekat mama dengan daddy? Makanlah. Satu suap pun jadilah. Sya buat nasi goreng favorite awak tau hari ni. Just for my, twin. Meh, Sya suapkan eh.”

            Qisya pergi ke Qaireen dengan sepinggan nasi goreng di tangan. Dia berdiri di hadapan Qaireen yang sibuk mengikat tali kasut dia. Qaireen angkat kepala dan secara automatic mulut dia terbukak luas menunggu nasi goreng yang akan disuapkan kepadanya oleh Qisya. Berbunyi-bunyi dia bila nasi goreng masuk ke dalam mulutnya. Macam biasa, masakan Qisya memang yang terbaik.

            Qaireen bangun bila mulut dia dah kosong. Dia bukak mulut dia untuk menunjukkan kepada Qisya bahawa mulut dia dah kosong. Mengambil kesempatan ke atas Qaireen yang membuka mulutnya sebagai tanda nasi sudah habis ditelan, Qisya terus menyuapkan sesudu lagi nasi goreng ke dalam mulut Qaireen. Qaireen mengerutkan dahi dia. Mata dia menjeling Qisya yang sudah tersengih-sengih seolah-olah dia tidak melakukan apa-apa. Walaupun tak suka sebab Qisya main pakai suap aje nasi goreng ke dalam mulut dia, laju aje mulut dia mengunyah. Kali ni habis aje mengunyah dia terus bersalaman dengan kembar dia dan terus keluar dari kondo.

FAEZYA tersenyum bila nampak Qaireen berlari-lari ke arah keretanya yang terparking di hadapan pondok pengawal kondominiumnya.Timbul rasa kasihan kepada Qaireen yang terpaksa berlari dengan dia yang memakai jumper dress berwarna peach. Tapi memang salah Qaireen sendiri pun kalau dia bangun awal tak perlu dia terkejar-kejar dan dia pulak tak perlu untuk tunggu Qaireen dalam kereta hampir satu setengah jam.

            “Before you start bebel dekat I, I just want to say I am so, so, sorry. I slept late last night because I was doing … work!” Qaireen tayang sengih pada Faezya yang sedang memandang wajahnya dengan kerutan di dahi. Marah betul mamat ni. Mintak-mintaklah dia percaya!

            Tanpa membalas, Faezya mula memandu. Dia menjeling Qaireen yang sudah tersandar kelegaan di kerusi. Dia tersengih.

            “Instead of lying to me, why don’t you just be honest, hm? Qai, I kenal you since we’re in diapers lagi tau. I know when you’re lying or not. Novel apa you baca kali ni?”

            Qaireen terus pandang Faezya. Dia lega. Faezya sudah kembali tersenyum. Dia dah agak dah yang Faezya tak akan mampu untuk marah pada dia lama-lama. Lagi pun, Qaireenlah satu-satunya kawan baik Faezya. Kalau tak ada Qaireen siapa pulak yang Faezya nak angkut bawak pergi lunch, dinner?

            “I just finish the third series. The last book. Sedih sangat, Fae.”

            “That human didn’t end up marrying the prince?”

            Qaireen menggelengkan kepalanya.

            “Tak. Everyone were so against them being together. So what kalau Darla tu human and Edward tu vampire prince, kan? I mean, they were so in love together. Give them a break! Kesian dorang tau. Kejam sangat.”

            “Qai, of course they can’t be together! I mean, macam yang you cakap that Darla tu manusia and Eddy vampire. If the both of them nak kahwin Eddy kena bite Darla and change her, right?”

            Qaireen mengangguk.

            “So, kalau Darla dah jadi vampire she have to forget about her family, her friends and her human world. Sanggup ke Darla? The saddest part is, Darla terpaksa tengok her parents die because she can’t do nothing to them. Oh, not only her parents, adik dan abang dia, kawan dia, semua orang yang dia sayang akan mati. You see, sometimes in order to be happy we have to sacrifice something.”Like I sacrifice my feelings for you, sambung Faezya dalam hati.

            Qaireen memeluk tubuh. Panjang muncung mulutnya. Walaupun dia tidak setuju dengan apa yang baru Faezya sampaikan, dia tak boleh menidakkan bahawa ada betulnya juga apa yang Faezya katakan. Kalau betullah Darla jadi vampire dia terpaksa lupakan semua tentang kehidupan manusia dia. Dia terpaksa lihat keluarga dia mati sedangkan dia masih kekal seperti biasa.

            Faezya ketawa. Qaireen aje yang mampu jadi emotional hanya sebab novel. Dah bertahun dah Faezya terpaksa mendengar semua keluhan dari Qaireen tentang novel-novel yang dibaca. Sejak dari bangku sekolah lagi, memang Qaireen banyak habiskan masa dia dengan membaca novel. Kadang satu novel tu dia boleh habiskan dalam masa satu hari. Kemudian, dia akan call Faezya dan dia akan bercerita tentang cerita yang baru dibaca, memandangkan hanya Faezya yang mahu melayan Qaireen.

            Faezya, Nurin, Qaireen dan Qisya dah berkawan sejak kecil lagi. Tetapi Qisya tidak terlalu rapat dengan Faezya dan Nurin. Ini kerana, Qisya seorang yang suka menghabiskan masanya bersendirian atau bersama arwah mummy mereka berdua. Manakala Qaireen banyak menghabiskan masanya bersama dengan Faezya dan adiknya, Nurin. Ke mana sahaja mereka pergi, pasti bersama. Apa sahaja yang mereka lakukan, pasti dilakukan bersama-sama.

            Oleh sebab mempunyai hubungan yang sangat rapat, perasaan kasih sebagai abang terhadap adik berubah menjadi lebih dari itu. Pada mulanya, Faezya cuba menidakkan perasaannya terhadap Qaireen namun semakin lama perasaan itu semakin menyesakkan dadanya. Walaubagai manapun, dia tidak mampu untuk meluahkan perasaannya itu kepada Qaireen. Ini kerana, dia risau, persahabatan yang terjalin di antara mereka selama ini, akan terputus begitu sahaja kerana perasaannya itu sahaja.

            Lagipun, Faezya tidak terlalu risau akan kemungkinan Qaireen yang akan di rampas oleh orang lain. Kerana, selama mereka berkawan, Qaireen tidak pernah keluar dengan mana-mana lelaki selain dari dia. Malah, apabila masuk ke alam university, setiap lelaki yang mengajaknya keluar, akan di tolak mentah-mentah. Qaireen lansung tidak memberikan mereka peluang untuk menunjukkan betapa seriusnya mereka mahu mengajak Qaireen keluar. Jadi, tidaklah Faezya berasa terlalu risau. Namun, kadang-kala apabila dia mendengar cerita apabila ada pelajar lelaki baru di university mereka, takut jugalah Faezya di buatnya.

            “Eh, I heard from my sis, ada budak baru, yeke?” tanya Faezya tiba-tiba. Memang semalam adiknya, Nurin, ada bercerita padanya tentang pelajar transfer yang akan mula belajar di university mereka.

            “Oh! That guy. Yea, semalam I terserempak dengan dia. He’s kinda hot though.”

            “Really? So, if he ask you out, do you want to?” soalan ini yang sebenarnya Faezya mahu bertanya. Soalan ini yang sudah lama berlegar-legar di kepalanya. Mati dia kalau tiba-tiba Qaireen bersetuju untuk keluar date dengan seseorang.

            “I don’t know. Depends. But I don’t think so. I mean, I tak ready lagi, you tau kan?”

            Faezya melepaskan nafas lega. Dia melonggarkan genggaman tangannya pada stereng kereta yang dia lansung tak sedar dia genggam begitu kuat. Takut juga dia kalau tiba-tiba Qaireen menjawab ya. Manalah tahu, masa student lelaki tu ajak Qaireen keluar, fius otak Qaireen mengalami kerosakan, dan tanpa berfikir panjang Qaireen terus bersetuju. Matilah aku kalau dia nak keluar date dengan mamat tu. 27 tahun aku kawan dia and I still haven’t go on a date with her! Chicken!

            “But …”

            “But?”           

            “Maybe I’ll agree going out with him. I mean, he’s so hot! I feel myself burning up!”


            Faezya hampir mata sebaik sahaja dia mendengar 7 patah perkataan yang keluar dari mulut Qaireen. Hancur berkecai hatinya. Dia dapat mendengar bunyi retakan dari hatinya. Habis peluang dia untuk keluar dengan Qaireen. Hancur! 


| Newer Post