
BAB 3
Saturday, 21 November 2015
BAB TIGA
“BUKAN SEMUA CERITA CINTA BERKAHIR
DENGAN KEGEMBIRAAN…”
“YOU nak
balik nanti macam mana?” tanya Faezya sebelum Qaireen meninggalkan keretanya.
Tadi, semasa dalam perjalanan pulang, Qaireen sudah terlebih dahulu memberitahu
Faezya bahawa dia mahu pergi ke rumah daddynya
dan bukan ke kondonya. Faezya yang sememangnya faham akan kehendak Qaireen dan
itu sememangnya rutin hidup Qaireen hanya menganggukkan kepalanya tanda faham
dan memandu dalam keadaan senyap.
Sepanjang
perjalanan ke Shah Alam, hanya Qaireen yang bersuara. Bercerita tentang pelajar
lelaki baharu yang menyakitkan hatinya. Sebaik sahaja mendengar cerita Qaireen,
Faezya seakan-akan dapat melihat cahaya kemenangan di pihaknya. Walaupun dia
masih belum bergelar ‘boyfriend’
kepada Qaireen, dia seakan-akan dapat membau kemenangan berada di pihaknya.
Jika Qaireen berfikiran bahawa lelaki itu menyakitkan hatinya, itu bermakna
lelaki itu bukan lagi menjadi saingannya namun dia masih perlu berhati-hati.
Siapa tahu, tiba-tiba Qaireen berubah fikiran tentang lelaki itu?
“Maybe I tidur sini kut. I esok kelas
petang tapi kalau tiba-tiba something
come out and I want to go home today, I’ll just call my twin or I’ll hail a
cab.” Jawab Qaireen bersahaja. Dia sedang sibuk membetulkan rambutnya yang
disanggulkan di atas kepala. Dia lansung tidak sedar akan perubah riak wajah
Faezya.
“Oh no, no, no! Kalau you nak balik
malam ni jugak, you either call I
ataupun your twin ataupun Nurin
ataupun your room mate, okay?”
Qaireen
berpusing. Dia memandang wajah Faezya yang penuh dengan riak kerisauan. Memang
sejak dahulu lagi, Faezya melarang dia untuk menaiki teksi jika dia pulang
lewat petang, ataupun malam ataupun lewat pagi. Dia hanya diberi pilihan untuk
menelefon Faezya sendiri ataupun kembarnya ataupun Nurin ataupun Farihin. Jika
kesemua pilihan itu sibuk dan tidak dapat mengambilnya, dia terpaksa balik ke
rumah dengan menyuruh pemandu daddynya menghantar dia pulang.
Bukanlah
Qaireen ini terlalu manja dan tidak pandai berdikari namun setiap kali Qaireen
mahu belajar untuk melakukan sesuatu tanpa meminta bantuan sesiapa pun,
semuanya menjadi semakin teruk. Sebagai contoh, dahulu Qaireen pernah ingin
pulang sendirian dari sekolah, dia dikejar oleh lima orang lelaki. Nasib
baiklah Qaireen dapat menyelamatkan dirinya dengan berlari ke kedai makan yang
kebetulan ramai pelanggan ketika itu. Ataupun, semasa Qaireen mahu membeli
barang dapur sendirian, habis dia berbelanja hampir mencecah RM 1 000.
Barang-barang yang dia perlu beli lansung dia tidak beli namun barang yang
tidak diperlukan pula dia beli.
“You
jangan risaulah! I boleh balik sendiri. Kalau you tak nak I balik naik teksi, I drive sendiri aje. My dad own lots of
cars, anyway. Dia tak akan perasanlah kalau one of them are missing.” Qaireen ketawa perlahan. “I pergi dulu. Drive carefully. Jangan drive laju-laju tau. Bye!”
Qaireen
menunggu di luar rumah sambil melambaikan tangannya ke arah kereta Faezya
hinggalah bayangan kereta Faezya hilang dari pandang mata. Dia berpusing dan
memandang ke arah rumah banglo tiga tingkat kepunyaan daddynya, Encik Muhammad
Michael. Dia menyelak beberapa helai rambut yang terlepas dari sanggul.
Walaupun dia pernah membesar di rumah ini, namun setiap kali dia pulang ke sini
untuk melawat daddynya, perasaannya
masih tetap sama. Dia masih tetap rasa berdebar-debar seolah-olah dia bahu
berjumpa dengan President.
Kebiasannya,
Qaireen akan balik ke sini bersama-sama dengan kembarnya, Qisya. Namun
memandangkan Qisya sudah pulang ke sini minggu lepas semasa Qaireen sibuk
dengan tugasannya, hari ini Qaireen terpaksa datang ke sini berseorangan. Jika
Qisya ada bersamanya, dia tidaklah berasa terlalu berdebar begini kerana jika
Qisya ada bersamanya, daddy mereka
akan lebih menumpukan perhatiannya pada Qisya dan dia tidak perlu risau akan
dimarahi oleh daddy mereka jika dia
melakukan kesalahan.
Here goes nothing, bisik Qaireen di
dalam hati. Dia melangkah masuk ke dalam banglo tiga tingkat itu. Di tempat
parking kereta, terdapat beberapa buah kereta berjenama Peugeot, BMW, Mercedes dan
sebuah Hummer berwarna hitam yang hanya akan digunakan apabila mereka semua
mahu pergi berjalan-jalan sebagai sebuah keluarga bahagia walaupun hakikatnya,
jauh daripada itu.
Qaireen
membuka pintu rumah perlahan-lahan. Sebaik sahaja dia membuka pintu rumah,
berbagai-bagai memori yang menerjah ke dalam kotak fikirannya. Dari memori yang
bahagia hinggalah yang mampu membuatkan dirinya mengalirkan air mata. Dia
memejamkan mata rapat-rapat dan tanpa sedar, tombol pintu dia genggam sekuat
mungkin buku jari dia bertukar menjadi putih. Perlahan-lahan dia menarik nafas
dan lepaskan begitu juga dengan genggaman tangannya pada tombol pintu itu di
lepaskan dengan perlahan-lahan.
“Assalamualaikum.
Mak!” panggil Qaireen. Beg di letakkan di atas sofa dan dia berjalan ke ruang
makan. Dia menjengahkan kepalanya ke dalam ruang makan namun tiada siapa di
situ. Dia pergi pula ke ruang dapur dan juga tiada siapa di ruang dapur.
Perasaan hampa mula timbul di dalam hatinya. Namun dia tidak berputus asa. Dia
meneruskan pencarian pembantu rumah keluarganya, Mak Sitam.
“Nur!”
jerit satu suara dengan bunyi benda berat jatuh ke lantai. Qaireen berpusing
dan tersenyum lebar apabila melihat Mak Sitam. Dia berlari ke arah Mak Sitam
yang sedang memandang ke arahnya dengan pandangan yang terkejut.
Qaireen
dan Mak Sitam saling berpelukan, melepaskan rasa rindu yang terbuku di dalam hati.
Mak Sitam merupakan pembantu keluarga Qaireen yang sudah berjasa sejak dari
Qaireen dan Qisya kecil. Mak Sitam telah menganggap Qaireen dan Qisya seperti
cucunya sendiri manakala arwah mummy
mereka berdua seperti anaknya sendiri. Qaireen dan Qisya pula menganggap Mak
Sitam seperti mak mereka sendiri. Oleh kerana mereka terlalu rapat, panggilan
nama juga berubah. Qaireen dan Qisya memanggil Mak Sitam dengan panggilan
‘mak’, manakalah Mak Sitam memanggil Qaireen dengan panggilan ‘Nur’ dan Qisya
dengan panggilan ‘Nurain’.
Walaupun
daddy Qaireen dan Qisya sudah
berkahwin lain, mereka masih tidak boleh menerima kehadiran ibu baru itu dalam
diri mereka. Mereka berdua masih berasa janggal untuk memanggil ibu baru mereka
dengan panggilan ‘mummy’ jadi mereka memanggil
ibu baru mereka dengan panggilan ‘mama’. Setelah bertahun berlalu, Qisya mula
menerima kenyataan namun Qaireen masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa
ada perempuan lain di dalam hati daddynya.
Bagi Qaireen, mummynya hanyalah Puan
Rastina dan maknya pula Mak Sitam. Tiada perempuan lain yang dapat mengganti
tempat mummynya.
“Nur
rindu dekat mak. Nur minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak balik. Nur
sibuk sangat, mak.” Qaireen mencium pipi tua Mak Sitam. Badan tua itu sekali
lagi di tarik ke dalam pelukan. Lansung dia tidak mempedulikan halangan Mak
Sitam untuk jangan memeluknya kerana badannya berbau peluh.
“Mak
pun rindu dekat Nur. Mak faham cucu mak ni sibuk tapi walau sesibuk mana pun
jangan lupa jaga kesihatan Nur. Mak tengok Nur makin kurus, kenapa? Nur tak
makan ke?”
“Mana
ada makin kurus! Mak tengok peha orang ni, dah besar dah. Dulu kecik aje
sekarang dah besar. Nur makan mak. Kalau mak tak percaya tanyalah dekat Nurain.
Siang malam dia masakkan untuk orang tau tapi masakan dia mestilah tak dapat
kalahkan air tangan mak.” Qaireen mengenyitkan matanya ke arah Mak Sitam dan
kemudian dia ketawa manja.
“Puji
mak ni mesti nak suruh mak masaklah ni, kan?” Mak Sitam mengusap lembut
ubun-ubun Qaireen. “Nur nak makan apa, mak masakkan.”
“Nur
nak makan… hm… haa! Nur nak makan ayam masak sambal kicap mak, boleh?”
“Yelah,
mak masakkan. Nur pergi naik atas berehat dulu eh. Nur tidur sini ke?”
Qaireen
menganggukkan kepalanya.
“Eloklah.
Nur pergi naik atas dulu nanti lepas maghrib boleh makan dengan daddy dengan mama.”
Qaireen
tersenyum paksa. Mak Sitam yang perasan dengan perubah senyuman di wajah
Qaireen hanya tersenyum. Dia faham sangat dengan perasaan Qaireen.
“Nur…
daddy rindu sangat dekat Nur tau.
Setiap hari dia tanya dekat mak bila Nur nak datang melawat dia. Setiap hari
dia tanya mak Nur dah tak sayangkan dia kah. Dia rindu anak dia, Nur.”
“Nur
tau mak tapi… entahlah mak. Nur susah nak maafkan dia. Tapi Nur cuba ya, mak.
Demi mak, demi mummy, Nur akan cuba.”
Mak
Sitam menganggukkan kepalanya. Dia memegang wajah Qaireen dan mencium kedua
belah pipi Qaireen. Walaupun sudah besar, Qaireen masih berperangai seperti
anak kecil. Dia masih seperti budak yang mahukan kasih sayang sepenuhnya dari
seorang ibu. Ini kerana, semasa kecil, dia tidak diberikan sepenuh perhatian
oleh kedua ibu bapanya. Si ayah selalu sibuk manakala si ibu sudah terlantar
kesakitan di atas katil. Akhirnya, Mak Sitam sahajalah tempat dia bermanja,
bersandar dan tempat meluahkan perasaannya.
Qaireen
berlalu dari ruang masakan ke ruang tamu. Dia mengambil begnya yang di atas
sofa dan berjalan ke tangga rumah. Sambil mendaki tangga ke biliknya di tingkat
dua, dia berbalas What’s App dengan
Qisya, Nurin, Farihin dan Faezya. Sesekali dia akan ketawa kelucuan apabila Qisya
dan Farihin bergaduh. Walaupun duduk di satu rumah yang sama dan berkemungkinan
besar duduk bersebelahan ketika itu, mereka masih boleh berbalas What’s App.
Sampai
di tingkat dua, sebelum pergi ke biliknya, dia berhenti sebentar di hadapan
pintu bilik arwah mummynya. Handphone di tangan sudah dilupakan.
Perlahan-lahan dia berjalan ke pintu bilik yang berwarna putih itu. Dia
memegang tombol pintu bilik dan pintu di buka. Di dalam bilik, keadaan masih
tetap sama seperti kali terakhir arwah mummynya
masih hidup. Tiada satu pun yang berubah. Kedudukan semua perabot masih sama.
Hanya cadar katil dan langsir bilik sahaja yang berubah. Memang cadar dan
langsir bilik itu akan ditukar setiap seminggu oleh pembantu rumah.
Qaireen
berjalan ke arah katil yang pernah menjadi tempat pembaringan arwah mummy.
Sampai di katil, dia bergerak ke bahagian sebelah kanan katil tempat
pembaringan arwah mummy dan dia baring. Dia baring menelentang dan tidak
berbuat apa-apa. Dia hanya baring di situ seperti mayat dan merenung kosong ke
arah syiling bilik. Dia berada dalam keadaan begitu dalam lebih enam minit dan
akhirnya dia mengiringkan badannya ke arah kanannya dan memandang gambar yang
ada di dalam frame di atas meja lampu. Itu ialah gambar Qaireen, Qisya, Puan
Rastina dan Encik Muhammad Michael. Mereka semua tersenyum dengan penuh
kegembiraan ke arah kamera. Mereka kelihatan seperti sebuah keluarga.
Suatu
masa dahulu mereka bahagia. Mereka sangat bahagia. Setiap hari merupakan hari
yang bahagia bagi mereka berempat. Namun kegembiraan itu diragut dari mereka
apabila Puan Rastina disahkan mempunyai kanser otak stage ke-tiga. Puan Rastina
tidak mempunyai banyak masa dan pembedahan perlu dilakukan dengan segera namun
peratus untuk dia berjaya dari pembedahan itu sangat nipis. Walaupun Puan
Rastina sangat memerlukan pembedahan itu, dia enggan melakukan pembedahan itu
kerana baginya walaupun dia melakukan pembedahan itu, dia yakin dia tidak akan
selamat.
Semakin
lama keadaan Puan Rastina semakin teruk. Rambutnya semakin nipis dan akhirnya
dia menjadi botak. Badannya penuh dengan lebam-lebam kesan dari kanser itu.
Setiap pagi, dia akan dikejarkan ke tandas oleh suaminya kerana ingin muntah.
Encik Muhammad Michael yang menjaga isterinya dengan penuh kasih sayang
akhirnya menjadi bosan. Dia menukarkan bilik isterinya ke tingkat dua supaya
lebih dekat dengan anak mereka berdua. Encik Muhammad Michael menguncikan
biliknya di dalam bilik pejabatnya di tingkat tiga. Masanya di habiskan di
dalam bilik itu.
Sehinggalah
suatu hari, Encik Muhammad Michael membawa pulang seorang gadis yang masih muda
dan memperkenalkan gadis itu kepada semua penghuni di rumah sebagai isteri
keduanya. Apabila mendengar berita itu, Qaireen memandang wajah daddynya dengan
penuh kemarahan dan dia menghempaskan kuat pintu bilik tidurnya. Puan Rastina
pula hanya tersenyum kesedihan. Memang dia yang memberikan kebenaran kepada
suaminya untuk berkahwin lain kerana dia tidak mahu suaminya itu terus berada
dalam kesedihan namun dia tidak dapat menafikan bahawa jauh di sudut hatinya,
dia berasa sangat sedih. Dia berasa seolah-olah dirinya telah dikhianati oleh
suaminya sendiri.
Qaireen
memejamkan matanya rapat-rapat. Perlahan-lahan air mata mengalir dari tubir
matanya. Semakin rapat dia memejamkan matanya, semakin jelas di fikirannya
kenangan pada hari dia mendapat ibu baharu. Dia dapat mendengar pertengkaran
yang berlaku di antara dirinya dengan arwah mummynya. Dia dapat mendengar
bagaimana sedih suara arwah mummynya memujuk dirinya untuk menerima ahli baru
keluarga itu. Semuanya masih jelas di fikirannya. Bagaikan baru semalam sahaja
peristiwa itu berlaku walhal peristiwa itu sudah berlaku 14 tahun yang dahulu.
“I
miss you so much, mummy.” Bisik Qaireen dengan air mata yang semakin laju
membasahi pipinya yang gebu. Dia seakan-akan dapat merasai kehangatan tubuh
arwah mummy yang akan sentiasa memeluk dirinya di saat dia sedang kesedihan. Dia
seakan-akan dapat mendengar bisikan dari arwah mummy jika dia berasa sedih. Dia
seakan-akan dapat merasai bahawa arwah mummy masih hidup. Arwah mummy masih
lagi di sisinya.
“SO,
how’s everything
going on now?” tanya Encik Muhammad Michael. Dia meletakkan
sudu dan garfu ke bawah dan menumpukan perhatiannya pada Qaireen yang hanya
makan sesuap dua nasi dan selebihnnya dia hanya bermain dengan makanannya. Walaupun
malam itu Mak Sitam memasak masakkan kegemarannya, Qaireen tidak berselera
untuk makan.
“Perfect!” jawab Qaireen sepatah. Dia lansung
tidak berminat mahu berbual dengan ayahnya ketika itu. Dia hanya mahu naik ke
bilik dan berehat. Dia penat. Emosi dan luaran.
“In what way?”
“Everything. You know dad, I’m really not in
the mood to talk about everything so, I’m just gonna go upstairs and take a
sleep.”
“Honey, please sit down. Daddy
nak bercakap dengan kamu, takkan tak boleh? I
miss you. We barely see each other. Qai selalu sibuk dengan class dan daddy sibuk dengan kerja. This
is the only time I have to actually talk with you.”
Qaireen
melepaskan nafas yang berat. Dia menggengam buku limanya dan perlahan-lahan dia
lepaskan satu-persatu jarinya. Dia kembali duduk dan memandang ke arah Encik
Muhammad Michael yang duduk di hujung meja makan.
“You want to talk, dad? Okay then we talk. So
why don’t you start with telling me about her being pregnant, huh?”
Encik
Muhammad Michael dan Puan Marliana berpandangan sesama sendiri. Mereka berdua
terkejut. Memang Puan Marliana mengandung dan semua orang sudah tahu mengenai
berita gembira itu kecuali Qaireen kerana menurut Encik Muhammad Michael, dia
sendiri mahu memberitahu kepada Qaireen. Dia tidak mahu Qaireen mendengar
berita itu dari orang lain. Dia tidak mahu anak perempuannya itu berasa lebih
kecewa dengannya. Sudah cukuplah dia dilayan seperti orang luar oleh Qaireen. Dia
tidak mahu memburukkan keadaan lagi.
Namun,
semuanya di luar jangkaan Encik Muhammad Michael. Qaireen sudah tahu terlebih
dahulu. Pada mulanya Qaireen tidak mahu bercakap lansung tentang hal itu kerana
apabila dia memikirkan tentang dia akan mendapat adik baharu dari perempuan
yang dia anggap sebagai perampas itu, hatinya menjadi sakit. Dia terbayang-bayang
kesedihan arwah mummynya apabila
melihat daddynya bersama perempuan
lain. Dia seperti dapat melihat bagaimana arwah mummynya berpura-pura untuk bahagia sedangkan arwah mummynya menderita.
“Ma…
macam mana Qai tahu?” tanya Puan Marliana. Dia dapat merasa yang anak tirinya
itu sedang memandang ke arahnya. Dia memang sedar bahawa kehadiran dirinya
dalam keluarga itu memang tidak akan pernah di terima oleh salah seorang anak
suaminya. Walau macam mana dia cuba pun untuk memikat hati anak tirinya yang
seorang ini, dia tidak akan pernah berjaya. Dia memang sudah dibenci daripada
mula.
“Oh come on! Orang buta pun boleh tahu
yang you pregnant. You pakai baju twice larger than your actual size that you’ll
never wear. You pucat. You gain
weight. You have all the signs.” Kata Qaireen. Dia pandang semula pada daddynya. “So, tell me dad, when are you going to tell me about the big news? Do you
even want to tell me?”
Encik
Muhammad Michael meraup wajahnya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum
membuka mulut. Dengan Qaireen dia perlu berfikir dan merangka ayat apa yang dia
mahu sampaikan pada anaknya itu kerana jika dia tersalah pilih ayat, dia akan
terus di benci oleh anaknya itu.
“Angel, daddy memang nak bagi tahu pada
Qai tapi masanya yang tak sesuai. Last week,
sepatutnya you got the news but you didn’t
come here. Daddy tak nak bagi tahu pada Qai through phone call. I know how you’re going to react. You’re my
daughter.”
“So, you’re going to put the blame on me now?
Like how you blame mum for me hating you?” Qaireen ketawa walaupun
ketawanya itu hanya di buat-buat sahaja. “Daddy
tak nak Qai tahu through phones and you
don’t want me to know about it from someone else but daddy lansung tak
berusaha untuk bagi tahu Qai! You could
have drop by to my condo and tell me about the news.”
“Qai,
ni semua salah mama. Mama yang tak bagi Sya ataupun daddy bagi tahu pada Qai. Mama nak Qai tahu tentang ni bila Qai
datang sini. Mama memang bercadang nak bagi tahu Qai malam ni but as usual, you beat us.”
“You know what, I’m just gonna pretend that
this never happen. I’m going to upstairs to mum’s room and no one, I mean, no
one going to disturb me or else...”
Qaireen membiarkan ayat itu tergantung. Dia membaling napkin ke atas
meja dan menolak kerusi dengan kuat sehingga kerusi itu jatuh ke lantai
membuatkan Puan Marliana terkejut.
“Or else what, Qai? You’re going to throw
your childish tantrum? Or you’re not coming here anymore? Or you’re going to
hate me more then you ever have? What, Qai?” tanya Encik Muhammad Michael
dalam nada yang tenang walaupun dia mahu meletup saat itu.
Qaireen
berhenti dari berjalan bila dia betul-betul berada di belakang kerusi daddynya. Dia memejamkan matanya dan
berpusing mengahadap belakang badan daddynya.
Dia meletakkan kedua tangannya di bahu daddynya.
Dia mendekatan mukanya ke telinga Encik Muhammad Michael supaya dia dapat
berbisik di telinganya.
“Or I’m going to cut all my ties with you or
this family and you are not going to see me anymore, dad.” bisik Qaireen
namun cukup kuat untuk membuatkan Puan Marliana dengar. “Please, enjoy your dinner. Don’t let me ruin your appetite, mum, dad.”
Qaireen
menghempaskan pintu ruang makan sekuat hatinya dan berlari naik ke tingkat
atas. Dia masuk semula ke dalam bilik arwah Puan Rastina. Bilik itu kelihatan
suram kerana hanya di terangi oleh lampu tidur yang agak malap. Qaireen hanya
menyalakan penghawa dingin pada suhu yang sangat kuat dan dia baring di atas
katil. Seperti petang tadi, dia hanya baring di dalam bilik itu tanpa melakukan
apa-apa.
“I wish you’re here, mum.” Bisik Qaireen
perlahan sebelum memejamkan mata dan masuk ke alam mimpi. Mimpi di mana dia
dapat bersatu semula dengan mummynya
dah hidup bahagia. Hanya mereka berdua tanpa orang lain.