Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Balqis..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep here, Do follow


My Post

Thanks Bear

Template 100%: Atin Tory
Editor:Your name
Help:
BAB 5
Tuesday 19 January 2016

BAB LIMA
“BUKAN SEMUA CERITA CINTA BERAKHIR DENGAN KEGEMBIRAAN…”


QISYA menjeling Qaireen disebelahnya yang sangat khusyuk menonton televisyen. Mulut kecilnya itu terbuka sedikit dan matanya lansung tidak berkelip. Qisya cuba untuk menumpukan perhatiannya semula pada cerita yang sedang ditayangkan di kaca televisyen, Barbie. Pelik tapi itulah kenyataannya. Sejak mereka berdua bangun tadi, masing-masing tidak berganjak dari tempat duduk mereka. Qaireen yang masih dengan berpakaian baju tidur, kesan air liur di pipinya dan rambut yang sangat kusut.

            Qisya berdehem, cuba untuk menarik perhatian kembarnya namun malang, Qaireen terlampau focus. Qisya menggaru kepala yang tidak gatal. Dia bermain dengan hujung bantal yang ada di atas pehanya. Qisya sudah tak tentu arah apabila kembarnya lansung tidak melayan dirinya. Tumpuannya sepenuhnya pada cerita kartun. Lansung tidak dihiraukan kembarnya yang disebelah yang sekejap duduk bersila, kejap duduk bersilap, kejap bercangkung. Bagaikan cacing kepanasan.

            “Qai…” panggil Qisya perlahan.

            Qaireen diam. Tak dengar.

            “Qai!” panggil Qisya sedikit kuat.

            Reaksi yang sama daripada Qaireen. Tumpuannya masih tidak terganggu.

            “Qaireen!” jerit Qisya lebih kuat.

            Masih tiada sahutan dari Qaireen.

            Qisya menarik nafas panjang. Bantal yang ada di atas peha di genggam. Dia menarik nafas panjang sebelum …

            “Qaireen Iris Aufa!” jerit Qisya sekuat mungkin dengan pukulan dengan menggunakan bantal yang sangat kuat tepat dimuka Qaireen. Pukulan daripada Qisya itu telah membuatkan Qaireen terkejut dan kepalanya bergerak ke belakang dan terhantuk pada sofa.

            “What the hell was that for?!” marah Qaireen, tidak berpuas hati. Mana tidaknya, sedang dikhusyuk menonton dan berangan bagaimanakah hidupnya jika dia seorang puteri tiba-tiba hilang serta-merta apabila mukanya dipukul dengan sesuatu. Sakitnya bagaikan seperti dia baru sahaja dilanggar oleh lori sampah yang besar dan sangat berat. Dia yakin, berkemungkinan besar, hidungnya—bukan hidungnya sahaja seluruh mukanya pasti bengkak.

            “I’m sorry but I called you few times but you were so into the cartoon.”

            “And you thought hitting me was the only way? Are you serious? Sakit gila tau tak?!”

            Qaireen bangun dari sofa dan memberikan kembarnya jelingan yang tajam sebelum meninggalkan Qisya yang sedang melutut dengan kedua belah kaki di atas sofa. Sepanjang ke dapur, Qaireen tidak henti-henti membebel. Pintu peti sejuk beku dia buka dan dia keluarkan sepeket kacang peas dan kacang peas itu diletakkan di mukanya. Dia lepaskan nafas lega. Kurang sedikit rasa sakit itu tadi.

            Qisya menggigit bibirnya. Dia bangun perlahan-lahan dan mengekor Qaireen yang sudah pun berada di dapur. Dia duduk di atas kaunter bersebelahan dengan Qaireen yang sedang bersandar sambil menekankan kacang peas ke seluruh mukanya. Qisya menarik kacang peas itu dari tangan Qaireen dan dia memusingkan badan Qaireen yang sedikit kecil dari dia. Timbul rasa bersalah apabila dia melihat wajah Qaireen yang merah menyala.

            “I think I may hit you too hard?” bisik Qisya perlahan, lebih kepada soalan. Kacang peas itu diletakkan di atas kaunter. Dia turun dari kaunter dan berjalan ke arah sink. Dia basahkan kain bersih dan perlahan-lahan dia tekankan seluruh muka Qaireen dengan kain yang basah itu.

            “You think?! I rasa macam I baru kena langgar dengan lori tau tak?”

            “Takkanlah macam tu sekali kut. I pukul you guna bantal aje pun.”

            Qaireen mengeluh. Dia menolak perlahan tangan Qisya jauh dari mukanya. Sudah hilang sedikit rasa sakit dimukanya. Tapi dia rasa seperti mukanya kebas dan tidak boleh bergerak. Side effect mungkin.

            “You nak apa dari I sampai you pukul I macam tu sekali?” tanya Qaireen. Dia duduk di tempat Qisya tadi di atas kaunter.

            “Oh. Um… you teman I pergi beli barang dapur boleh?” Qisya mengukir senyuman tidak bersalah.

            “Itu aje?!”

            Qisya menggaru kepalanya. Hari ini sepatutnya dia pergi membeli barang dapur bersama-sama dengan housemate mereka yang lain iaitu Farihin. Namun Farihin terpaksa pulang ke Penang akibat masalah keluarga yang dihadapi olehnya ketika itu. Jadi, Qisya tidak ada kawan untuk shopping grocery. Kalau boleh nak aje dia ajak boyfriendnya, Riyadh. Namun lelaki itu pula sibuk dengan meeting yang terpaksa dia pergi walaupun pada hari Sabtu. Dan agak tidak masuk akal pula jika dia mahu mengajak lelaki itu sedangkan lelaki itu bukannya akan makan makanan yang dia akan beli nanti. Jadi, hanya Qaireen sahajalah pilihannya.

            Qaireen mengeluh berat. Benda yang paling dia tidak suka untuk lakukan, beli barang dapur. Bukanlah dia tiada lansung ciri-ciri kepemperuanan dalam dirinya namun dia rasakan membeli barang dapur itu melecehkan. Malah, Qaireen bukanlah jenis yang suka habiskan masanya dengan menimbang sayur, memilih beras yang terbaik dan memilih sabun basuh yang wangi. Dia lebih rela menghabiskan berjam-jam masanya dengan hanya mencari buku yang menarik minatnya walaupun kadang-kala dia akan keluar dari kedai buku itu dengan tangan yang kosong. Itulah kebiasaannya yang berlaku.

            “Ugh! I tak nak.” Kata Qaireen. Dia keluar dari dapur dan kembali duduk di sofa, di ruang tamu. Qisya membuntuti kembarnya, selepas dia meletakkan kain yang lembab itu di tempat gantung kain.

            Qisya duduk di sebelah Qaireen namun dia tidak memandang ke arah televisyen yang sedang menayangkan cerita Mr.Bean pula kali ini. Sebaliknya, dia duduk bersila memandang Qaireen yang tersengih melihat kebodohan Mr. Bean. Qisya mengeluh. Dia tak nak pergi beli barang dapur berseorangan kerana semestinya dia tidak boleh mencari semua barang keperluan mereka bertiga seorang diri. Dia bukanlah robot. Walaupun kadang-kala Qaireen dan Farihin merasakan Qisya ini robot.

            “Please … kalau you teman I… you boleh beli barang yang you nak?” pujuk Qisya namun lebih kedangaran seperti soalan kepada Qaireen.

            “I tak payah ikut pun tak apa sebab you boleh pilihkan. Kitakan kembar, apa yang you beli I mesti pakai punya.” Qaireen tersenyum sinis.

            “Okay fine! Kalau you tak nak teman I, kita tak payah makan. Kalau you nak makan, you baliklah rumah daddy. I boleh tidur rumah kawan I. Your choice.”

            Qaireen mengeluh. Dia harus mengaku Qisya memang licik. Tiada banyak pilihan yang dia ada. Tidak mungkin dia mahu makan di luar setiap hari. Kalau hari-hari makan di luar, pokailah dia nanti. Duit belanja yang daddy dia berikan pun kadang-kala tidak mencukupi walaupun pada orang lain duit belanjanya itu lebih mencukupi namun pada Qaireen, entah kenapa duit belanjanya hanya mampu bertahan dalam tangannya selama beberapa minggu sahaja. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia lakukan sehingga di dalam akaun banknya hanya tinggal RM 10 sahaja.

            Qisya tersenyum dalam diam. Dia tahu, mahu atau pun tidak Qaireen terpaksa juga mengikut dia pergi membeli barang dapur. Qaireen hanya ada dua pilihan—satu pilihan sahaja iaitu teman Qisya pergi membeli barang dapur kerana Qisya yakin awal-awal lagi pilihan untuk pergi ke rumah daddy mereka bukanlah pilihan Qaireen. Mahu pergi ke rumah kawan baiknya, Faezya? Tidak mungkin sama sekali kerana egonya yang tinggi melambung.

            “You don’t play fair.” Panjang muncung Qaireen. Televisyen di tutup sebelum dibaling ke arah Qisya. Qisya mengelak sebelum remote televisyen itu tepat kena di wajahnya. Makin panjang muncung Qaireen apabila melihat senyuman kemenangan Qisya.

            Qisya dan Qaireen berlalu ke bilik masing-masing untuk bersiap. Qisya berlalu dengan senyuman yang lebar di wajahnya manakala Qaireen dengan dahi yang berkerut dan perasaan yang geram. Geram kerana kembarnya berjaya untuk mengajaknya pergi melakukan perkara yang paling tidak digemari oleh dirinya. Pergi membeli barang dapur.


“YOU tolong amik bawang putih dengan merah. Dah amik timbang then cari I dekat tempat ayam tau.” Arah Qisya pada Qaireen sebelum berlalu pergi ke tempat ayam untuk membeli beberapa ketul ayam.
            
Qaireen memandang tubuh kecil Qisya yang dibaluti dengan blaus lengan panjang berwarna peach dan seluar jeans yang agak longgar dan kepalanya pula ditutup dengan selendang berwarna hitam. Dia pandang sekelilingnya yang crowded dengan pelbagai jenis manusia. Dia lost. Tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang ini.     

Qisya tersenyum dalam diam. Sengaja dia menyuruh kembarnya untuk mengambil bawang putih dan merah sedangkan dia boleh aje ambil sendiri. Namun dia mahu lihat mampukah Qaireen melakukan tugasan yang telah diberikan.

Qaireen menarik nafas panjang dan kemudiannya menyesal kerana apabila dia menarik nafas, segala bau barang basah memenuhi rongga hidungnya. Wajahnya menunjukkan riak geli. I can do this! Ini Qaireen Iris Aufalah semua benda aku boleh buat. Bukan akulah kalau benda kacang macam ni tak boleh buat. I can do this! Qaireen memberi kata-kata semangat pada dirinya sambil berdiri tegak di tengah-tengah pasar raya. Bawang merah…

Setengah jam kemudian, Qaireen meletakkan dua bungkus plastic yang berisi bawang merah dan bawang putih. Dia tersenyum melihat hasil kerjanya. Lama juga dia memilih bawang. Nasib baiklah ada makcik yang baik hati untuk mengajarnya bagaimana mahu memilih bawang. Mak cik itu tolong pun kemungkinan besar kerana setelah melihat isi kandungan plastic yang Qaireen main pakai sumbat sahaja bawang-bawang. Rupa-rupanya bawang-bawang yang dia pilih itu tadi tidak berapa elok.

Qisya meletakkan ayam yang sudahpun siap dipotong dan di timbang di dalam troli. Dia mengangkat kening kanannya apabila dia nampak di dalam troli yang tadinya kosong sudahpun berisi dengan dua plastik hampir penuh bawang putih dan bawang merah. Bawang-bawang yang dipilih juga cantik-cantik. Dia memandang Qaireen yang sedang memandang kukunya sambil tersenyum sinis.

“I’m impress. Well, done!” Qisya memberikan tepukan kepada Qaireen. Qaireen just shrugged her shoulder.

“Kacang hijau!” balas Qaireen dengan penuh berlagak. Dia menjuihkan bibir bawahnya ke depan.

Qaireen berpusing apabila dia rasa ada orang mencuit bahunya. Terkejut dia apabila yang berdiri dihadapannya adalah mak cik yang telah menolongnya sebentar tadi. Mak cik ni nak pecahkan rahsia aku ke apa? Janganlah!

“Dah pandaikan pilih bawang? Lepas ni selalu boleh beli dah sendiri. Nak pilih tu, pilih yang elok sikit jangan yang dah kena picit dengan orang, tau?” pesan mak cik itu sebelum berlalu meninggalkan Qaireen yang sedang tersengih-sengih manakala Qisya memeluk tubuh dengan senyuman sinis di wajahnya.

“Kacang hijau eh?”

“Alah, mak cik tu tolong sikit aje!”

“What ever! Cepat tolak troli tu. Apalah you ni benda senang pun nak minta tolong orang. Tak tau malu betul!”

Qaireen menggumam perlahan. Habis kantoi rahsianya. Baru sahaja dia mahu menunjuk-nunjuk bahawa dia boleh aje membeli barang dapur seorang diri tanpa bantuan sesiapa namun sekali mak cik itu datang mengacau. Memang akan dibahan oleh Qisyalah dia sampai Qisya bosan. Dan memandangkan itu adalah Qisya, nampaknya terpaksalah Qaireen menahan telinganya selama yang boleh.

Sepanjang membeli-belah barang dapur, Qisya sebagai kakak selang beberapa minit awal daripada Qaireen memberi tunjuk ajar kepada Qaireen cara-cara untuk memilih ikan, udang, sayur dan sebagainya. Mereka hampir meluangkan masa setengah jam hanya dengan memilih udang. Ini kerana setiap kali Qaireen memilih udang dia akan bertanya kepada Qisya sama ada udang yang dia pilih okey atau pun tidak. Sehinggalah Qisya naik bosan dan memilih sendiri udang.

Setelah selesai membeli barangan basah, mereka berdua bergerak pula ke bahagian bahan kering. Qaireen mengikut sahaja ke mana Qisya pergi sambil menolak troli mereka yang sudah separuh penuh. Namun Qisya lansung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu habis membeli belah. Malah, makin banyak pula barang yang dimasukkan ke dalam troli. Qaireen hanya menjadi pemerhati.

“Eh, you pergilah amik barang you. Tapi…”

Qaireen berpusing semula memandang Qisya apabila dia mendengar perkataan tapi. Dia melepaskan nafas berat. There’s always but. Kalau tak ada tapi tak boleh ke?!

“…tapi ingat amik yang mana penting aje, faham?”

Qaireen mengangguk kepala tanda faham sambil siap membuat tabik hormat lagak seperti seorang askar. Qisya hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah kembarnya. Sebaik sahaja Qisya memusingkan badannya ke tempat lain, Qaireen berlari ke tempat barang-barang yang paling dia minati. Makanan ringan!

Qaireen berpusing-pusing dilorong yang menempatkan bermacam jenis makanan ringan. Terlampau banyak pilihan yang ada. Dan dia tidak menyangka dia terpaksa memilih antara semua itu. Kalau boleh dia mahu ambil semula namun mengingatkan arahan Qisya, dia melepaskan nafas yang sangat berat. Namun jika di dalam cerita kartun, pasti ada timbul mentol yang bercahaya kerana Qaireen mendapat idea.

Qisya melarang dia untuk mengambil barang-barang yang tidak penting namun semua makanan di hadapannya sangat penting! Jadi, dia boleh aje ambil semua. Qaireen mengusap kedua tapaknya dengan senyuman yang menakutkan. Tanpa berfikir panjang dia terus aje mengambil semua makanan yang dia minati.

Sementara Qisya pula sibuk memilih beras yang patut dia ambil. Keliru di antara dua jenis beras yang telah disyorkan oleh promoter. Kedua-duanya berkualiti namun hanya satu sahaja yang boleh dibeli. Akhirnya dia membuat keputusan untuk membeli beras Jasmine. Dia mengangkat sendiri beras itu ke troli namun dia berhenti ditengah jalan apabila melihatkan keadaan troli. Ternganga luas mulutnya.

Di dalam troli yang separuh penuh tadinya kini penuh dengan bermacam jenis makanan ringan. Dia memandang wajah Qaireen yang bersahaja. Lansung tidak ada riak bersalah atau apa-apa pun. Saje aje muka dia. Terasa darah menyerbu naik ke mukanya. Dia meletakkan beras di atas lantai.

“Qaireen! Apa ni?”

“What? You cakap dekat I, I boleh pilih apa aje yang I nak and important, so semua ni…” Qaireen menunjukkan makanan ringan yang baru diletakkan di dalam troli. “… penting pada I!”

Qisya menarik nafas panjang. Pening dia melayan perangai kembarnya. Boleh jadi gila. Takkanlah nak dibeli semua makanan ringan ni? Nak disumbat ke mana pula?!

“No! Tak boleh. I nak you letak semua ni balik and pick one. Only!”

Qaireen berdiri tegak. Matanya membulat. Dia memandang wajah Qisya yang merah dan makanan di dalam troli silih berganti. Dia terpaksa membuat pilihan? Dan dia hanya dapat untuk mengambil, satu aje?! Mana boleh!

“No way! You cakap tadi yang penting so semua ni penting pada I. No. I refuse to put everything back!” Qaireen menghentak kakinya di atas lantai dan memeluk tubuhnya. Dia memalingkan badannya dari Qisya. Merajuk!

“You nak pilih sendiri atau you nak I pilihkan untuk you?”

Qaireen merengek.

“At least let me have two. Please…”

“No!”

“Please…” Qaireen mengerdipkan matanya berkali-kali kepada Qisya. Merayu supaya dia dapat membeli dua daripada sedozan makanan ringan yang dia letakkan di dalam troli.

Qisya meraup wajahnya. Qaireen tahu bahawa tiada siapa dapat menolak permintaannya apabila dia membuat wajah seperti. Wajah seperti seseorang baru sahaja menendang kucing kesayangannya walaupun dia tidak membeli walau seekor kucing pun. Memang sejak kecil begitu. Sejak arwah mummy mereka masih hidup lagi.

“Fine, fine! You can keep two of them. So choose wisely. And God, please stop making that face!”

Qaireen melompat kesukaan. Dia mengeluarkan semua makanan ringan dan letakkan semula di atas rak mereka tadi. Kemudian dia berdiri di hadapan rak-rak yang tersusun rapi makanan ringan. Sekarang dia perlu membuat pilihan namun dia tidak mampu. Semuanya sedap. Semuanya kegemaran dia.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil satu bungkus besar keropok dan satu bungkus besar gula-gula yang berisi bermacam perisa. Dia membawa dua barang itu balik ke troli dan baling ke dalam troli.

Kedua kembar itu menyambung kembali sesi membeli belah mereka tadi. Kali ini, Qisya tidak lagi membenarkan Qaireen untuk membeli barang. Ini kerana dia takut peristiwa beberapa minit lepas berulang kembali. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, Qaireen hanya menjadi pembantu tolak troli.

Semasa Qisya sedang sibuk memilih sabun basuh baju, tiba-tiba dia teringat akan sesuatu benda yang dia terlupa ambil tadi. Mahu pergi semula ke tempat barangan basah, masih ada barangan lain yang perlu dia ambil. Dia pandang Qaireen yang sedang khusyuk membaca novel di handphonenya. Nampaknya perlulah dia meminta pertolongan daripada Qaireen walaupun dia enggan.

“Qai, tolong ambikkan low fat milk. Low fat milk tau!”

Qaireen hanya menganggukkan kepalanya. Dia menyelitkan handphonenya ke dalam poket cardigan. Dia mula berjalan meninggalkan Qisya bersama dengan troli yang sudah agak penuh. Walaupun mereka hanya tinggal bertiga, namun Qaireen perasan barang yang mereka beli seolah-olah mereka tinggal lebih daripada 5 orang.

Qaireen mendongakkan kepalanya. Dia berdiri dihadapan cooler yang dipenuhi dengan pelbagai jenis susu. Susu rendah lemak, susu tanpa lemak, susu natural dan sebagainya. Namun matanya hanya tertumpu pada susu-susu rendah lemak. Seperti yang diminta oleh Qisya.

“Susu ni better then the rest.” Kata satu suara dan menghulurkan botol besar susu rendah lemak ke pada Qaireen.

Qaireen yang terkejut memandang botol susu dihadapannya. Perlahan-lahan dia mendongakkan kepalanya dan matanya membulat dek kerana terkejut. 

“You!” Qaireen menudingkan jari telunjukknya ke wajah lelaki dihadapannya.

“Yes, me!” kata lelaki itu dengan senyuman. Susu ditangan dia masukkan di dalam bakul yang dia pegang.

“You buat apa dekat sini? Are you stalking me?” Qaireen mengecilkan matanya.

“Ha’ah, saya stalk awak. Awak tak tau ke, I’m your stalker.” Lelaki itu membisikkan jawapannya ditelinga Qaireen. Lelaki itu kembali berdiri tegak dan tertawa perlahan. “Taklah! Saya beli barang sikit dengan housemate saya. Then, saya nampak awak, looking clueless and I can’t help but approach you.”

Qaireen memberikan jelingan tajam ke arah lelaki dihadapannya. Dia fikirkan selepas tamat assingment berkumpulan mereka, dia tidak perlu lagi berhadapan dengan lelaki itu namun betapa silapnya dia. Jodoh, bisik satu suara. Jodoh my ass, balas Qaireen semula.

Qaireen memandang semula susu-susu yang ada dihadapannya. Dia perlu membuat keputusan dengan cepat dan bijak. Dia tidak mahu dimarahi oleh kembarnya lagi. Dan dia perlu cepat beredar daripada lelaki dihadapannya. Makin lama dia bersama dengan lelaki itu, makin sakit hatinya.

“I don’t need you help.” Balas Qaireen, dingin.

Lelaki itu melepaskan satu keluhan yang berat.

“Look, saya tahu saya buat salah dengan awak tapi saya dah minta maaf, kan? Can’t we forget about it and start all over again?”

“Senang aje you settle kan? Buat salah lepas tu sorry. Then, you did it again and you said sorry. You boleh cakap sorry you tu sejuta kali, sebab lepas ni kalau yo…”

“Qai! What took you so lo… oh! Hye!”

Qisya melambaikan tangannya ke arah lelaki dihadapan kembarnya. Dia mengerling ke wajah Qaireen. Tiada lansung senyuman di wajahnya malah, hanya kerutan di dahi dan bibirnya digigit kuat. Riak wajahnya seperti orang sedang menahan marah. Dia tahu kembarnya itu sedang marah kerana dapat dia rasakan perasaan marah di dalam dirinya.

“Qaireen, awak tak bagi tau saya pun awak ada kembar. You both look alike!” kata lelaki itu dengan siulan di akhir ayatnya. Dia memandang Qisya dari atas ke bawah.

“I don’t need to. Jom, Sya. We’re done here!”

Qaireen terus mengambil susu rendah lemak yang selalu mereka beli dari cooler dan berjalan meninggalkan Luqman dihadapan cooler itu. Terpaksa dia menarik kembarnya dari situ kerana kembarnya enggan meninggalkan Luqman.

“Siapa tu?”

“No one.”

“You do realize that you have to tell me, sooner or later, right?”

             Qaireen hanya menggelengkan kepalanya. 

“I don’t need to tell you anything because lelaki tu no one, okay? Now, can we please go?” tanya Qaireen, separuh merayu kepada kembarnya.

Qisya memandang wajah Qaireen dan akhirnya menganggukkan kepalanya. Riak wajah kembarnya itu jelas menunjukkan bahawa dia lansung tidak mahu bercakap mengenai siapa pun lelaki tadi itu. Walaupun begitu, dia dapat mengagak, lelaki itu pasti telah melakukan suatu kesalahan yang amat besar kepada Qaireen. Jika tidak, sudah tentu Qaireen tidak berperangai sebegitu rupa.

Qisya kenal siapa kembarnya ini. Dia tidak akan membenci seseorang melainkan orang itu yang memberinya sebab untuk membenci dirinya. Dan dia yakin sangat, sangat bahawa lelaki itu telah memberikan sebab untuk Qaireen meletakkan tembok kebencian dalam dirinya buat lelaki itu.


Bersama-sama, Qaireen dan Qisya membayar semua barangan yang mereka ambil tadi. Tidak seorang pun mahu menyentuh tentang kejadian tadi. Malah, kedua-duanya hanya mendiamkan diri. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, masing-masing tidak bercakap. Masing-masing berada di dalam dunia sendiri. Qisya menumpukkan sepenuh perhatiannya terhadap pemanduang walaupun sesekali dia akan menjeling ke arah kembarnya. Manakala Qaireen pula, hanya merenung ke luar tingkap kereta. 


Older Post | Newer Post