Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Balqis..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep here, Do follow


My Post

Thanks Bear

Template 100%: Atin Tory
Editor:Your name
Help:
BAB 4
Friday 27 November 2015

BAB EMPAT
“BUKAN SEMUA CERITA CINTA BERAKHIR DENGAN KEGEMBIRAAN…”


QAIREEN duduk termenung di atas katil. Buat kesekian kalinya, air matanya jatuh membasahi kaca frame yang ada di tangannya. Dengan pantas, dia mengelap air matanya dari terus jatuh ke atas frame. Dia terbangun dari tidur apabila dia mengalami mimpi tentang arwah mummynya. Mimpi yang sama setiap kali dia pulang ke rumah daddynya. Setiap malam, dia akan bermimpi mengenai mummnya. Keadaan Puan Rastina sama di dalam setiap mimpi yang dia alami. Wajahnya pucat, badannya kurus, dia tidak mempunyai walau sehelai rambut pun dan tiada lagi cahaya kegembiraan di wajahnya yang dahulunya cantik dan sentiasa berseri-seri.

            Setiap kali Qaireen mengalami mimpi buruk itu, Qisya, kembarnya akan turut mengalami mimpi yang sama. Dan mereka akan masuk ke dalam bilik arwah Puan Rastina dan memeluk satu sama lain untuk menenangkan diri masing-masing. Namun, memandangkan Qaireen pulang sendirian ke rumah Encik Muhammad Michael, tiada Qisya yang dapat memeluk Qaireen dan membisikkan kata-kata yang mampu menenangkan diri Qaireen. Jadi, Qaireen hanya mampu untuk duduk di dalam gelap dan cuba untuk menenangkan dirinya sendiri sejak 1 jam yang lalu namun dirinya lansung tidak tenang. Dia cuba untuk sambung tidurnya semula namun setiap kali dia memejamkan matanya, dia seolah-olah ternampak wajah arwah mummy yang sangat dirinduinya. Di setiap bilik, dia seakan-akan terbayangkan arwah mummynya.

            Qaireen mengalihkan pandangannya ke arah sofa yang terletak berhadapan dengan fireplace. Di sofa itu, Puan Rastina akan membacakan Qaireen dan Qisya buku cerita. Walaupun tidak bermaya, Puan Rastina akan menggagahkan dirinya untuk bangun dan duduk di hadapan fireplace itu bersama anak-anaknya dan membacakan mereka berdua buku yang sangat diminati oleh mereka berdua.

“MUMMY read us the story about the pretty girl again, please.” Rayu Qaireen dengan matanya yang berwarna hijau itu sengaja di bulatkan supaya mummynya setuju dengan permintaannya itu.

            “Yes mummy. Read us the story.” Sokong Qisya, si kakak pula. Dia bangun dari sofa dan mengambil buku yang sentiasa menjadi pilihan mereka berdua. Walaupun sudah mendengar cerita itu berkali-kali, namun mereka tidak pernah jemu. Malah, mereka merasakan cerita itu menjadi semakin menarik apabila mereka mendengar mummy mereka bercerita.

            Puan Rastina menyambut huluran anaknya. Buku itu dipegang. Buku itulah buku pertama yang suaminya hadiahkan buat anak mereka pada hari jadi pertama mereka berdua. Ya, dalam banyak-banyak benda yang boleh diberi pada anak kembar mereka, suaminya memilih untuk menghadiahkan anak mereka buku. Kata suaminya, mereka perlu melatih anak mereka untuk membaca buku sejak kecil lagi supaya bila sudah besar nanti anak mereka akan suka membaca buku. Sejak itu, setiap hari, setiap malam, suaminya dan dia akan membacakan cerita itu kepada anak mereka. Namun kini semuanya sudah berubah. Tugas yang dahulunya merupakan tugasan suaminya kini terpaksa dia sandang. Dia pula yang perlu membacakan cerita kepada anak mereka. Suaminya tidak lagi meluangkan masa bersama mereka. Seolah-olah suaminya berada di dalam dunianya sendiri.

            “Come sit with mummy, darlings.”

            Qisya dan Qaireen berpandang sesama mereka sebelum berlumba ke arah Puan Rastina yang sudah pun duduk bersimpuh di atas sofa kegemaran mereka. Sofa itu terletak betul-betul di hadapan fireplace. Setiap kali mereka ingin membaca, pembantu rumah akan menyalakan api dengan menggunakan alat kawalan jauh supaya mereka berasa hangat. Terutama sekali supaya Puan Rastina yang sentiasa berasa sejuk itu berasa panas.

            Apabila kedua-dua anaknya sudah berada di atas sofa, Puan Rastina mula membaca. Seperti biasa, sebaik sahaja Puan Rastina mula membaca, anak-anaknya, seolah-olah terkena sumpahan, terus senyap dan menumpukan perhatian mereka terhadap cerita yang dibaca. Mereka mendengar dengan penuh tumpuan seperti mereka tidak pernah pun mendengar cerita itu. Puan Rastina membaca tanpa henti walaupun badannya mula berasa sakit. Meronta-ronta untuk bergerak dari tempat duduknya. Dia tahu dia tidak sepatutnya duduk dalam keadaan begitu terlalu lama, di tambah pula, badan kedua-dua anaknya disandarkan pada badannya yang lemah dan sentiasa sakit itu.

            Ada kalanya, Puan Rastina merasakan dirinya sudah tidak berguna. Dia tidak lagi mampu untuk berjalan di taman setiap petang bersama dengan anak-anaknya, dia tidak lagi mampu untuk membakar biskut dengan Qisya, dia tidak lagi boleh mendukung anaknya. Dia lansung tidak boleh melakukan apa-apa tanpa risau akan keselamatan anak-anaknya sekiranya tiba-tiba dia jatuh pengsan. Dia tidak lagi boleh menjadi ‘supermummy’ yang anak-anaknya sentiasa ceritakan pada semua kawan-kawan mereka. Dia rasa tidak berguna. Dia rasa seperti mayat hidup. Penyakit yang dia hadapi ini membunuh dirinya, perlahan-lahan. Ia menyakitkan dirinya. Namun lebih menyakitkan apabila dia terpaksa melihat anak-anaknya menangis setiap kali dia terpaksa pergi ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

            “Mummy, kenapa mummy crying? Mummy penat ke?” tanya Qisya tiba-tiba. Dia mengelap air mata Puan Rastina dengan tangannya yang kecil. Perbuatan Qisya itu mengejutkan Puan Rastina yang berada di dalam dunianya sendiri hingga terlepas buku yang ada di tangannya.

            “Mummy, you okay? Ubat dah makan mummy?” tanya Qaireen pula.

            Puan Rastina tersenyum. Dia mengelap air matanya. Anak-anaknya masih kecil namun sudah berperangai seperti orang dewasa terutama sekali Qisya yang lebih tua dari Qaireen dalam beberapa minit itu. Wajah comel anak kembarnya di pandang dengan penuh kasih. Kasih sayangnya terhadap anaknya tidak pernah berubah. Ya, jujur dia katakan apabila dia mendapat tahu dia mengandung anak kembar, dia risau. Dia risau jika dia berlaku tidak adil terhadap anaknya. Dia risau kasih sayang yang dia akan curahkan pada anaknya tidak akan sama rata. Dia risau jika salah seorang dari mereka rasa terbiar. Terlalu banyak perkara yang dia risaukan.

            Namun semua kerisauan itu hilang apabila buat pertama kalinya dia melihat gambar anaknya sewaktu membuat pemeriksaan. Kerisauannya hilang apabila dia mendengar bunyi degupan jantung anak-anaknya yang laju dan sihat buat pertama kalinya. Buat pertama kalinya, dia jatuh cinta. Dia yakin anak-anaknya akan sentiasa dicurahkan dengan kasih sayang secukupnya. Kemudian, dia jatuh cinta lagi apabila dia merasa tendangan pertama anak-anaknya. Setiap masa, setiap saat, dia menanti anak-anaknya untuk menendang tangannya lagi. Dia melakukan apa sahaja untuk merasa anak-anaknya tendang tangannya. Dia jatuh cinta lagi apabila buat pertama kalinya dia mendengar tangisan nyaring anak pertamanya, Qisya. Dia jatuh cinta apabila mendengar tangisan Qaireen yang sayup-sayup. Dan untuk kali terakhir dia jatuh cinta lagi apabila memegang kedua-dua anaknya di tangannya. Jantungnya seakan-akan terhenti buat beberapa saat. Dia rasa seperti dia sedang bermimpi. Dua bidadari yang dia kandungkan kini berada di tangannya. Dan sejak itu, dia berjanji pada dirinya sendiri yang dia akan melakukan apa sahaja untuk menjaga, melindungi, mengasihi dan mengasuh anak-anaknya.

            “Dengar sini, walau apa pun yang terjadi, mummy sayang the both of you so much. No matter what happen, my love for you will never fade away, do you understand me, angels?”

            Qisya dan Qaireen menganggukkan kepala mereka berdua bagaikan burung belatuk. Puan Rastina pantas menarik mereka berdua ke dalam pelukannya. Dia memeluk Qisya dan Qaireen sekuat yang dia mampu. Dia memeluk mereka berdua seperti nyawaynya bergantung pada mereka berdua. Dia memeluk mereka berdua dengan sangat erat seperti dia takut jika dia melepaskan mereka berdua, anak-anaknya akan hilang. Anak-anaknya akan hilang seperti habuk yang ditiup angin. Dia memeluk anak-anaknya seperti itulah kali terakhir dia akan memeluk anaknya.

QAIREEN mengelap air matanya yang jatuh. Dia bangun dari katil dan sanggulkan rambutnya yang panjang dengan menggunakan sepit rambut yang Faezya hadiahkan padanya bertahun dahulu. Dia berjalan menuju ke meja bulat yang ada di tengah bilik mummynya. Di atas meja itu, terdapat sebuah buku yang sudah terlalu lama. Kulit buku itu sudah hampir tertanggal. Malah tajuk cerita itu juga sudah tidak dapat di baca. Kalau di tanya itu buku atau sambal belacan, kemungkinan besar jawapan yang dapat adalah sambal belacan.

            Qaireen mengambil buku itu dan dia duduk bersila di atas lantai. Lantai yang sejuk beku itu dia lansung tidak hiraukan. Satu persatu helaian itu dia selak. Kadang-kala dia akan ketawa kerana di setiap helaian buku itu ada tertulis nama dia dan Qisya dalam tulisan yang sangat buruk. Sampai di satu muka surat, tangan dia berhenti apabila terbaca apa yang tertulis.

            ‘I HATE DADDY!’

            Perkataan itu di tulis dengan huruf besar dan menggunakan pen merah. Dia tahu itu dia yang tulis. Dia kenal dengan tulisan itu. Dan dia masih ingat sebab kenapa dia tulis perkataan itu. Masih segar di ingatannya walaupun peristiwa itu sudah bertahun-tahun berlalu. Dia rasakan seperti baru semalam dia tulis perkataan itu dengan air mata yang laju membasahi wajahnya. Dia tulis perkataan itu dengan penuh rasa marah dan benci. Dan jujur dia katakana, perasaan yang dia rasakan dari dulu hingga sekarang masih tetap sama. Lansung tidak berubah.

QISYA dan Qaireen berpandangan sesama sendiri. Mereka baru sahaja pulang dari sekolah. Kereta yang terparking di tempat letak kereta itu kereta daddy mereka. Akhirnya daddy mereka sudah pulang dari berkerja. Daddy mereka sudah pergi berkerja untuk berminggu dan mereka sangat rindukan daddy mereka.

            “Let’s race. Who get to daddy first, get all the presents daddy bought, deal?” Qaireen memandang wajah kakaknya dengan senyuman yang sinis. Dia tahu dia yang akan menang kerana kakaknya itu lari terlalu perlahan. Setiap kali mereka lumba lari, dialah pemenangnya.

            Qisya menyambut huluran tangan dari adiknya. Mereka bersalaman. Sebaik sahaja tangan masing-masing di lepaskan, mereka terus berlari masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat itu. Sepanjang mereka berlari, mulut masing-masing tidak henti-henti dari menjerit dan ketawa. Mereka lansung tidak hiraukan rambut mereka yang mungkin serabai. Mereka cuma dua orang budak kecil yang terlalu gembira dan tidak sabar untuk berjumpa dengan daddy mereka.

            Pintu rumah di buka dengan kuat menyebabkan pintu itu berlanggar dengan dinding dan menghasilkan bunyi yang kuat. Masing-masing kelam kabut menanggalkan kasut berwarna hitam dan tanpa menyusun kasut mereka semula ke dalam rak kasut, mereka terus berlari masuk ke dalam. Beg sandang di baling sahaja ke atas lantai. Mata masing-masing meliar mencari bayang daddy mereka namun tiada. Suasana rumah terlalu sunyi. Biasanya apabila daddy mereka pulang dari kerja, daddy mereka akan duduk di ruang tamu dengan hadiah yang penuh di tangan namun di ruang tamu lansung tiada bayang daddy mereka. Hadiah-hadiah pun tiada.

            “Mak Sitam!” jerit Qaireen sekuat hatinya. Dia berlari pula ke dapur, mencari pembantu rumah pula.

            “Ya, Nur. Kenapa menjerit ni?”

            “Daddy mana Mak Sitam? Nur dengan Nurain nampak kereta daddy dekat luar tapi daddy tak ada pun. Mana daddy Mak Sitam?” tanya Qaireen dengan lajunya. Dia lasung tidak berhenti untuk mengambil nafas.

            Mak Sitam menundukkan kepalanya. Dia tidak berani untuk memandang wajah bersih Qaireen yang masih kecil itu. Dia takut jika dia memandang dan merenung ke anak mata yang berwarna hijau itu, dia akan menangis. Dia sudah berjanji dengan Puan Rastina untuk tidak akan menangis di hadapan Qisya atau pun Qaireen. Kerana walaupun masih kecil, mereka berdua seperti orang dewasa.

            “Daddy dengan mummy tengah tunggu Nur dengan Nurain dekat atas. Tapi nak…”

            “Who get to daddy first, win!”

            Qisya dan Qaireen terus berlari meninggalkan Mak Sitam di dapur. Mak Sitam tidak sempat memberi amaran kepada dua kanak-kanak kecil itu, mereka sudah meninggalkan dapur. Dia berdoa semoga Qaireen dan Qisya tabah menerima berita yang mengejutkan itu. Tadi, sewaktu dia menerima berita itu juga, dia rasa seperti dia sedang bermimpi. Dia tidak percaya, tuannya yang sudah dia sayang seperti anak menantunya sendiri mampu melukakan hati isteri yang sentiasa menyayanginya.

            Qisya dan Qaireen berlumba-lumba mendaki tangga. Kedua-dua mereka mahu menjadi orang pertama yang berjumpa dengan daddy mereka kerana mahukan kesemua hadiah yang daddy mereka belikan. Walaupun mereka tahu, daddy mereka akan membuatkan mereka untuk berkongsi juga, namun mereka tetap mahu menjadi orang pertama yang berjumpa dengan daddy mereka.

            Namun sebaik sahaja sampai di tingkat kedua, Qaireen yang sampai dahulu berhenti berlari menyebabkan Qisya berlanggar dengan dirinya. Qisya yang mahu memarah adiknya kerana berhenti secara tiba-tiba terus tidak jadi marah apabila dia perasan kulit adiknya yang berubah warna. Tadi kulit adiknya sedikit kemerah-merahan namun sekarang pucat. Terlampau pucat seolah-olah tiada lansung darah di dalam badan kecil adiknya itu. Jika dia toreh tangan adiknya itu, kemungkinan tiada darah yang mengalir keluar.

            Qisya memandang ke arah tempat yang Qaireen pandang sejak tadi. Di ruang tamu kecil itu, mummy mereka sedang duduk di atas kerusi roda, manakala daddy mereka sedang berdiri berhadapan sebuah rak buku namun di sebelahnya terdapat seorang perempuan yang muda. Tangan daddy mereka memeluk erat bahu perempuan itu. Perempuan itu pula tanpa segan silu melentokkan kepalanya ke dada daddy mereka.

            Qaireen dan Qisya cepat-cepat pergi ke mummy mereka apabila mummy mereka memanggil nama mereka. Walaupun mereka sudah berada di sisi mummy mereka, mata mereka seakan-akan tidak boleh berganjak dari memandang ke  arah daddy mereka. Mata mereka seperti di gam. Jika di alihkan kemungkinan mata mereka akan terkeluar dari kepala mereka.

            “Who is she?” tanya Qisya. Dia menudingkan jarinya ke arah perempuan yang di sebelah daddy mereka. “Kenapa daddy peluk dia dan bukannya mummy?” tanya Qisya lagi.

            “Qisya, Qaireen, come to daddy honey.” Encik Muhammad Michael berlutut di atas lantai dan mendepangkan tangannya seperti yang dia selalu lakukan setiap kali dia baru pulang dari kerja. Namun anak kembarnya lansung tidak berganjak. Malah mereka memeluk isterinya dengan erat.

            “Sya, Qai, go greet your daddy first.” Arah Puan Rastina dengan lembut. Dia cuba untuk melepaskan genggaman tangan anak-anaknya dari terus menggenggam lengannya namun dia tidak berjaya. Dia memandang ke wajah suaminya dan dia meminta maaf. Suaminya bangun dari lantai dan menganggukkan kepalanya tanda faham.

            “Honeys, daddy ada news nak bagi tahu kamu berdua.” Kata Encik Muhammad Michael.

            “What is it daddy? Is mummy alright?” akhirnya Qaireen bersuara.

            “She is fine. But it is not about mummy. Well, daddy got present for you both.”

            Mata Qaireen dan Qisya bersinar-sinar sebaik sahaja mereka mendengar perkataan present. Sesungguhnya mereka sangat sukakan setiap hadiah yang mereka terima dari daddy mereka. Hadiah-hadiah dari daddy mereka sentiasa hadiah yang mahal-mahal dan kawan mereka tidak ada lagi. Jadi, keesokkan harinya mereka akan bawa hadiah yang mereka terima ke sekolah dan tunjukkan pada kawan mereka. Kemudian, mereka akan pulang ke rumah dengan tangan yang kosong kerana sama ada hadiah itu mereka sudah sedekahkan kepada kawan mereka ataupun hadiah itu sudah hilang ataupun hadiah itu sudah hancur. Begitulah kebiasannya.

            “Angels, I want you to meet your new mummy. Mummy Marliana.”

            Perempuan yang memakai dress berwarna peach itu bergerak ke arah Qisya dan Qaireen. Dia tersenyum manis kepada anak-anak suaminya. Dia sudah lihat gambar-gambar mereka. Anak-anak suaminya memang sangat comel. Anak suaminya yang pertama, yang dia rasa namanya ialah Qisya, mempunyai iras wajah madunya namun warna anak matanya mengikut warna mata suaminya, hijau. Manakala si adik persis seperti suaminya cuma bibirnya sahaja yang lain. Bibirnya kecil seperti bibir mummynya. Namun kedua-duanya sangat comel dan dia yakin apabila besar nanti tentu mereka berdua akan di sukai ramai lelaki. Terutamanya si adik.

            Puan Marliana memandang wajah suami yang baru dia nikahi dua minggu lepas. Suaminya itu dahulu merupakan bosnya. Sewaktu dia di temu duga oleh suaminya itu, dia sudah rasakan sesuatu yang dia tidak sepatutnya rasa. Walau dia cuba untuk membuang perasaan itu, dia tidak boleh. Pada mulanya, dia dan suaminya seperti kawan sahaja. Selalu meluangkan masa. Suaminya itu selalu bercerita kepadanya tentang isterinya yang sakit dan dia tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan isterinya kerana dia tidak mampu untuk menanggung sakit isteri yang sangat dia cintai itu. Semakin lama mereka meluangkan masa bersama, semakin marak rasa cintanya buat bosnya itu dan akhirnya dia memberanikan dirinya untuk meluahkan perasaannya. Dan beberapa hari kemudian, dia mendapat panggilan dari ibunya di kampong bahawa ada orang menghantar rombongan meminang. Rupa-rupanya suaminya yang meminang dirinya. Dia berasa sungguh seronok kerana akhirnya dia berkahwin juga dengan lelaki yang dia cintai walaupun lelaki itu sudah berkeluarga.

            “Mummy? No! Dia bukan mummy Qai.” Kata Qaireen. Dia memeluk lengan Puan Rastina. Dia membenamkan wajahnya ke lengan Puan Rastina.

            “Yes, itu memang mummy Qai tapi sekarang Qai dah ada dua mummy. Best kan?”

            Qaireen menggelengkan kepalanya. Dia menangis. Dia tidak mahu percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar. Dia hanya ada satu mummy dan dia ialah perempuan yang melahirkannya. Tidak ada orang lain yang boleh menjadi mummynya. Walaupun dunia mahu kiamat, dia tidak akan menerima perempuan lain sebagai mummy baharunya.

            “Mummy make her go away, please. Why is daddy like this? I don’t like this.” Bisik Qisya. Dia menjarakkan dirinya apabila daddynya mahu menyentuh dirinya. Dia menahan air matanya dari jatuh ke pipi. Dia tidak akan menangis di hadapan daddynya dan mummynya. Dia kuat.

            “Sya, honey. Please daddy can explain and you’ll understand and you can make your sister understand too. Okay, honey?” pujuk Encik Muhammad Michael.

            “No! Sya tak nak dengar apa-apa. Sya tak nak understand.”

            Qisya memandang wajah daddynya buat kali terakhir sebelum lari turun ke tingkat bawah. Dia memekakkan telinganya apabila dia dengar daddynya dan mummynya memanggil namanya. Dia terus berlari keluar dari rumah dan menuju ke tempat yang hanya dia dan Qaireen sahaja tahu. Panggilan dari pembantu rumah dan driver kereta juga dia tidak hiraukan. Dia terus berlari selaju mungkin dengan air mata yang semakin lama semakin laju menghujani wajahnya.

            “Daddy tipu! Dia bukan mummy Qai! Bukan! Daddy tipu! Tipu!” jerit Qaireen sekuat mungkin. Dia menggelengkan kepalanya berkali-kali. Dia meronta-ronta apabila Encik Muhammad Michael memeluk tubuhnya yang kecil. Dia menolak, dia memukul. Dia buat segalanya untuk daddynya lepaskan badannya yang kecil itu.

            “Abang, let her go.” Bisik Puan Rastina perlahan. Encik Muhammad Michael memandang ke arah isterinya. Isterinya tersenyum ke padanya. Percaya pada kata isterinya, dia lepaskan anaknya. Sebaik sahaja daddynya melepaskan dirinya, Qaireen terus berlari masuk ke dalam bilik dan dia menghempas kuat pintu bilik.

            Puan Marliana yang hanya menjadi pemerhati terkejut. Dia tidak menyangka anak-anak tirinya akan bertindak begitu sekali. Dia sangkakan mereka akan berlari ke padanya dan memeluknya namun mereka berdua lansung tidak datang kepadanya. Malah, Qaireen memandang ke padanya dengan pandangan yang penuh dengan kebencian. Dia dapat mengagak Qaireen akan membenci dirinya kerana menurut suaminya, Qaireen lebih manja berbanding Qisya. Namun dia tidak menyangka pula si kakak juga tidak dapat menerima kehadirannya ke dalam keluarga kecil itu.

            “Mar, akak minta maaf. Biasalah budak-budak. Susah sikit nak terima. Give them few days maybe by then, they can accept you.” Kata Puan Rastina.

            Puan Marliana hanya menganggukkan kepalanya. Ya, dia faham bagaimana perasaan anak-anak tirinya kerana ayahnya juga dahulu berkahwin lain. Dia faham perasaan mereka. Dia yakin anak-anak tirinya akan mengambil masa yang lama untuk menerima dirinya sebagai ibu tiri mereka dan dia akan melakukan apa sahaja untuk membuatkan anak tirinya terima dirinya.

            Encik Muhammad Michael memandang isterinya yang berlalu masuk ke dalam bilik. Pedih hatinya melihat keadaan isterinya. Ya, isterinya itu tersenyum namun dia tahu, senyuman isterinya itu lansung tidak ikhlas. Senyuman isterinya itu hanya di buat-buat sahaja. Dia mahu melihat isterinya kembali tersenyum seperti dahulu. Dia tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan itu selamanya. Jika isterinya terseksa, anak-anaknya terseksa, sudah tentu dirinya juga turut terseksa. Dia sangat terseksa hingga dia membuat keputusan untuk menjauhkan dirinya dari isteri dan anak-anak.


            Namun apabila melihat reaksi anak-anaknya, dia menyesal. Dia tidak sepatutnya menjauhkan dirinya. Dia sepatutnya meluangkan masanya dengan isteri dan anak-anak dan bukannya mengurung dirinya di dalam bilik belajarnya. Dia sepatutnya memberanikan dirinya dan berhadapan sahaja dengan isterinya walaupun hatinya sakit melihat keadaan isterinya. Kini, anak-anaknya tidak lagi rapat dengan dirinya seperti dahulu lagi. Anak-anaknya lebih rapat dengan isterinya berbanding dia. Dia seperti orang asing dalam hidup anak-anaknya. Namun dia tidak akan terus membiarkan keadaan itu kekal begitu selamanya. Dia akan melakukan apa sahaja untuk membetulkan semula kesalahannya. 


Older Post | Newer Post