Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Balqis..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep here, Do follow


My Post

Thanks Bear

Template 100%: Atin Tory
Editor:Your name
Help:
BAB 6
Wednesday 8 June 2016

BAB ENAM
“BUKAN SEMUA CERITA CINTA BERAKHIR DENGAN KEGEMBIRAAN…”


“YOU really hate that guy, huh?” Qaireen memandang wajah Nurin yang duduk bertentangan dengannya. Dia menyedut air yang dia order sebaik sahaja dia sampai di café yang dia, Qaireen, Luqman dan Afiq sudah berjanji untuk berjumpa. Namun bayang Afiq dan Luqman masih tidak muncul juga. Sudah hampir 1 jam setengah dia menunggu di café itu dan airnya juga sudah tinggal separuh.

            “Hate is such a strong word.” Bisik Qaireen. Dia menyelitkan helaian rambutnya ke belakang telinga.

            “Then why can’t you be in the same room with him without thinking about ripping his head off?”

            Qaireen menjungkitkan bahunya. Dia menyedut air Blueberry Smothies kegemarannya. Dia tidak menjawab soalan Nurin itu kerana sejujurnya dia sendiri tiada jawapan untuk soalan itu. Apa yang dia rasakan terhadap lelaki itu, dia sendiri tidak tahu. Yang pasti, bukan benci malah jauh daripada benci.

            Nurin meletakkan cawan yang berisi air kegemarannya, Iced Latte, ke atas meja. Jika Qaireen tidak mahu menjawab soalan itu tadi, jadi di juga akan berhenti untuk bertanya. Walaupun itu bukanlah apa yang dia mahu lakukan. Dia mahukan jawapan!

            “Whatever! Apa-apa yang you rasa towards that guy you better figure that out because now, you and him are a team, okay?”

            “Last time I check, you, young lady, are also apart of this team. Its not just me and him, you’re stuck with us.”

            “Hey, I don’t have any problem to work with him as a team. After all I’m not the one who freak out when Prof paired him with me, kan? Apa-apa yang you rasa, push that feelings aside until we finish this project, okay? Be professional.”

            Qaireen melurut rambuntnya. “I am professional.” Bisik Qaireen.

            “Good then because he just walk in here few seconds ago.”

            Qaireen terus duduk tegak. Serta-merta dia membetulkan ikatan French braidenya yang kemungkinan besar kelihatan agak berserabut walaupun sudah di spray dengan hair spray supaya tidak bergerak. Namun akibat tangannya yang tak reti nak duduk diam dan asyik melurut rambutnya membuatkan rambut itu kelihatan agak berserabut. Kemudiannya, dia mencubit kedua belah pipinya supaya wajahnya nampak lebih bernyawa berbanding nampak pucat bagaikan mayat hidup. Bibirnya yang kering dia basahkan dengan lidahnya. Hari ini dia lansung tidak memakai sebarang make up pun. Lipstick pun dia tak pakai.

            Nurin meyengih. Keningnya terangkat. Walaupun di mulut Qaireen mengatakan bahawa dia tidak suka akan lelaki itu namun ketika ini, Qaireen seboleh mungkin mahu lihat okey. Seolah-olah dia mahu impressed lelaki itu. Complicated.

            Luqman menarik kerusi yang disebelah Qaireen dan tanpa diundang, dia duduk di sebelah perempuan itu. Dia menjeling Qaireen yang disebelahnya yang sudah pun memandan ke arahnya dengan dahi yan berkerut. Dia tersenyum dalam diam. Dia perasan setiap kali berada dekat dengan dirinya, perempuan itu jarang tersenyum. Malah hanya kerutan di dahi sahaja yang dipamerkan. Namun apabila berada dengan orang lain walaupun orang asing, perempuan itu tersenyum.

            “Sorry lambat, saya stuck dalam toilet tadi.” Kata Luqman memberitahu sebab sebenar dia datang lambat ke perjumpaan mereka. Tadi, semasa dia baru sahaja mahu keluar, tiba-tiba perutnya memulas. Dia terpaksa turun dari motornya dan berlari ke bilik air. Puas membuang segelanya, dia keluar. Dan beberapa minit kemudian dia berlari semula ke dalam bilik air. Dia terpaksa berulang alik ke bilik air sehinggalah sakit perutnya itu surut.

            “It’s okay. Orderlah dulu then kita discuss about our project, okay? Oh, mana that boy Afiq?”

            Luqman memanggil pelayan terlebih dahulu sebelum dia menjawab pertanyaan daripada Nurin. Dia order segelas air fresh orange sahaja. Sebaik sahaja pelayan itu berlalu pergi dengan pesanannya di tangan, dia bersandar di kerusi dan menoleh ke arah Qaireen yang hanya berdiam diri sahaja sejak tadi.

            Setahu dia, semasa dia melangkah masuk ke dalam café itu, dia perasan seperti Qaireen dan Nurin sedang berbual namun sebaik sahaja dia duduk, terus Qaireen tidak bercakap. Mengeluh pun tidak. Seolah-olah perempuan itu tidak ada di sebelahnya.

            Luqman suka dengan penampilan Qaireen yang kelihatan sangat simple. Rambut panjangnya yang berwarna merah semula jadi itu, dia tocangkan dan dibawa ke bahu kirinya. Wajahnya lansung tidak ditutup dengan sebarang alat solek. Pemakaiannya pula sangat simple. Hanya berbaju T-shirt lengan panjang yang agak besar dan dipasangkan dengan sepasang seluar skinny jeans. Dia kelihatan sangat simple dan Luqman sukakan itu.

            Nurin tersenyum dalam diam. Suka dia melihat dua orang manusia di hadapannya. Seorang kelihatan seperti dia tidak mahu berada di situ manakala seorang lagi tidak boleh mengalihkan matanya. Seolah-olah matanya telah digam. Tidak berkelip mata Luqman memandang Qaireen yang hanya mendiamkan dirinya sahaja. Seolah-olah kek yang berada di hadapannya lebih menarik daripada lelaki di sebelahnya.

            “So…” suara Nurin membuatkan Luqman kembali ke alam nyata. Dia memandang wajah Nurin yang tersenyum penuh makna. “… mana Afiq?” tanya Nurin sekali lagi memandangkan soalannya sebentar tadi masih tidak berjawab.

            “Oh, yes! Dia ada hal tapi dia cakap jangan risau sebab dia dah buat research for his part.” Luqman menyampaikan apa yang dia diberitahu oleh Afiq untuk sampaikan. Nurin menganggukkan kepalanya tanda dia faham.

            Sebaik sahaja pesanan Luqman sampai dan dia menyedut sedikit airnya, mereka memulakan perbincangan. Serta-merta perwatakan Qaireen dan Nurin berubah. Mereka berdua kelihatan lebih serius. Dahi kedua-dua perempuan itu penuh dengan kerutan. Mereka berdua bercakap tanpa henti. Setiap ayat yang keluar dari mulut mereka penuh dengan maklumat. Tangan masing-masing tidak henti dari menulis nota penting di atas buku yang mereka keluarkan. Luqman kagum. Walaupun dia pernah satu kumpulan dengan Qaireen dan di tahu bagaimana Qaireen berkerja, namun dia masih kagum.

QAIREEN dan Luqman berjalan menuju ke perpustakaan dalam keadaan yang senyap. Awkward. Luqman cuba untuk berbual dengan Qaireen namun setiap pertanyaan hanya dijawab dengan anggukan dan gelengan sahaja daripada Qaireen. Perempuan itu lansung tidak mahu berbual dengannya.

            Qaireen memandang Luqman disebelahnya melalui ekor matanya. Lelaki itu kelihatan sangat tidak selesa. Boleh dilihat melalui jarinya yang tidak henti-henti mengetuk pehanya sepanjang mereka berjalan. Qaireen tersenyum dalam diam.

            “You pergi cari seat and try to find any info from the internet.” Arah Qaireen. Dia menghulurkan beg laptopnya yang berwarna pink kepada Luqman. Tanpa menunggu jawapan daripada Luqman, Qaireen berlalu pergi dengan senyuman yang lebar.

            Luqman mengeluh. Dia memandang tubuh kecil Qaireen yang semakin lama semakin hilang daripada pandangan matanya. Entah ke mana gadis itu telah pergi, Luqman tidak tahu. Yang dia tahu, sebentar lagi perempuan itu akan pulang dengan tangan yang penuh dengan buku yang tebal-tebal.

            Hari itu, tidak ramai pelajar yang ada di perpustakaan. Dalam diam, Luqman memuji Qaireen yang bijak kerana telah memilih hari yang sangat baik untuk melakukan assingment mereka. Dia perasan, Qaireen banyak mengetahui tentang perpustakaan di university mereka. Mungkin kerana dia banyak menghabiskan masanya di dalam perpustakaan berbanding keluar shopping bersama kawan.

            Luqman memilih untuk mengambil tempat disebelah tingkap dan dekat dengan plug supaya senang nanti untuk mengecas laptop Qaireen. Perlahan-lahan dia mengeluarkan laptop Qaireen yang dia pasti merupakan Macbook Air. Sebaik sahaja laptop Qaireen dihidupkan, dia tersenyum.

            Luqman tersenyum melihat gambar desktop Qaireen. Gambar Qaireen bersama keluarganya semasa masih kecil, mungkin? Ya, dia yakin itu gambar Qaireen bersama keluarganya semasa dia masih kecil. Dia kenal sangat dengan budak kecil yang berambut merah yang sedang memeluk kembarnya.

            Hanya daripada melihat gambar di desktop itu sahaja, dia dapat mengagak Qaireen mempunyai keluarga yang sangat bahagia. Dia tahu sangat. Berdasarkan senyuman lebar yang mereka semua tayangkan semasa mengambil gambar itu dahulu. Luqman memandang wajah ibu Qaireen yang sedang memeluk seorang lelaki di sebelahnya. Ayah Qaireen.

            Dahi Luqman berkerut. Dia seakan-akan pernah berjumpa dengan ayah Qaireen itu. Muka ayah perempuan itu sangat familiar. Seolah-olah mereka pernah berjumpa suatu masa dahulu. Namun dia tidak dapat ingat. Namun dia yakin, dia pernah berjumpa dengan ayah Qaireen.

            “Hey, what have you found?”

            Suara perlahan Qaireen membawa Luqman kembali ke alam nyata. Dia menggoyangkan kepalanya dan mendongak ke Qaireen yang sedang berdiri di hadapannya. Di tangan Qaireen terdapat beberapa buah buku yang tebal-tebal. Ya, dia sudah jumpa apa yang mereka perlukan. Dalam hanya beberapa minit sahaja.

            “Huh?”

            Qaireen menarik kerusi disebelah Luqman. Dia meletakkan semua buku yang ada di tangannya dihadapannya sebelum dia duduk. Kemudian, dia memusingkan badannya memandang Luqman.

            “Kan I suruh you buat research while I went to find books for us. You dah jumpa apa-apa belum?” Qaireen memandang wajah Luqman tanpa berkelip matanya. Luqman mula rasa kurang selesa. Itulah salah satu kelemahannya, pantang apabila orang memandang tepat ke wajahnya.

            “Sorry, saya belum start apa-apa lagi.”

            Qaireen mengeluh. Dia berpusing menghadap buku-buku yang dia jumpai yang mungkin boleh membantu untuk menyelesaikan assingment mereka kali ini. Dia menarik nafas panjang dan menarik buku yang berada di paling atas.

            Mula-mula sekali dia membaca content buku di muka surat hadapan. Apabila tajuk yang dicari sudah dijumpai, dia menyelak ke muka surat tersebut.

            Luqman hanya memerhati sahaja setiap perlakuan Qaireen. Walau sudah dua kali mereka berada dalam kumpulan yang sama, namun dia masih tidak dapat faham bagaimana perempuan disebelahnya mampu membaca sebegitu banyak buku tanpa rasa bosan walau sedikit pun.

            Mereka berdua menyiapkan assingment bagi mereka punya bahagian tanpa banyak bercakap. Hanya sesekali sahaja mereka bercakap itu pun jika mereka ingin bertanya sama ada point yang mereka jumpai boleh diterima ataupun tidak. 

“ALRIGHT class I shall see you next week on Monday. For those who still haven’t done your presentation, please make yourself and your group ready by next week.” Madam Laila memandang pelajar-pelajarnya yang sedang sibuk mengemas barang-barang mereka. Masing-masing tidak sabar untuk menunggu perkataan yang bakal keluar daripada mulut lecturer mereka yang kecil molek itu. “Our class dismiss.”

            Sebaik sahaja Madam Laila keluar daripada dewan, student yang lain tidak membuang masa untuk turut keluar daripada dewan. Masing-masing dengan agenda sendiri. Ada yang mahu terus ke café untuk makan petang, ada yang mahu lepak dengan kawan di sekitar university mereka dan ada yang hanya mahu pulang ke rumah masing-masing untuk tidur.

            Nurin dan Qaireen berjalan menuju ke kereta Qaireen yang diparkir di tempat parkir kereta pelajar yang disediakan oleh pihak university. Mereka berjalan sambal berbincang untuk ke mana mereka pergi sebelum pulang ke rumah. Berbincang ke mana mereka mahu pergi untuk mengisi kekosongan perut. Di tangan masing-masing disangkut kot yang mereka pakai sewaktu perbentangan sebentar tadi di dalam dewan.

            “Tekak I rasa nak makan westernlah. Jom kita makan dekat restaurant yang your brother bawak kita hari tu.” Kata Qaireen sambal tangannya sibuk mencari kunci kereta di dalam beg tangannya.

            “Alah… I nak makan nasi. Western dah selalu sangat. Lagipun bukan ke kali ni I yang patut choose which place we’re going? Semalam you dah pilih kita nak makan dekat mana!” balas Nurin. Dia menolak perlahan bahu Qaireen apabila mereka sudah sampai di kereta kepunyaan Qaireen.

            Qaireen menjeling Nurin sebelum membuka kunci keretanya. Qaireen dan Nurin membaling beg dan kot mereka ke kerusi belakang sebelum masuk ke dalam perut kereta. Qaireen menghidupkan keretanya dan terus menyalakan penghawa dingin. Mereka berdua duduk di dalam kereta buat beberapa minit sementara menunggu enjin kereta panas.

            “Eh,your lover boy is coming!” Nurin menjuihkan bibirnya. Qaireen memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Nurin. Hanya keluhan yang mampu dikeluarkan daripada bibirnya.

            Luqman mengetuk tingkap kereta Qaireen. Tangannya yang berpeluh dikesat diseluar slack yang dia pakai. Dia menarik nafas panjang apabila Qaireen menurunkan tingkap keretanya. Kening kanannya diangkat.

            “Uh… hm… boleh kita cakap sekejap?”

            “Talk then.”

            Luqman menggaru kepalanya. Takkanlah aku nak cakap depan Nurin kut? Ish, malulah aku!

            “In private, please.”

            Nurin dan Qaireen berpandangan. Tersungging senyuman dibibir Nurin. Dia berpura-pura bermain dengan telefonnya. Namun sesekali, matanya menjeling Qaireen yang masih tidak berganjak dan Luqman kelihatan amat gementar.

            Qaireen mengeluh perlahan apabila Luqman masih tidak berganjak. Dia menaikkan tingkap keretanya dan membuka pintu kereta. Dengan kelajuan yang amat perlahan, dia keluar daripada keretanya.

            “Um… so… uh…” tergagap-gagap Luqman cuba untuk mengeluarkan apa yang dia mahu luahkan. Hilang melayang semua dialog yang telah dia hafal sebelum memberanikan diri untuk datang menghadap Qaireen.
            “You nak cakap apa? Cepatlah I nak pergi mana ni.”

            “Okay, macam ni… since kita dah present projek kita, saya nak ajak awak keluar makan. Malam ni.” Akhirnya keluar juga apa yang dia mahu katakan.

            Tidak berkelip mata Qaireen memandang wajah Luqman dihadapannya. Lama. Lelaki itu masih menunggu jawapan daripadanya. Qaireen membuka mulutnya ingin memberikan jawapan kepada lelaki itu namun tiada suara yang terkeluar. Dia menutup kembali mulutnya.

            Luqman menanti jawapan daripada Qaireen dengan penuh sabar dan debaran. Jantungnya berdegup dengan sangat laju. Hingga dia risau jantungnya mungkin akan terkeluar daripada ribcagenya.

            “Kita berdua aje ke? Atau you nak ajak Nurin sekali tapi you segan? Kalua you segan I boleh aj…”

            “No!” Luqman menahan Qaireen daripada memanggil Nurin yang di dalam kereta. Dia memandang tangannya yang ada di atas bahu perempuan itu. Perlahan-lahan tangannya diturunkan.

            “Kita berdua aje. Macam date. But it’s not a date! More like a friendly dinner. Is that what you call it? Itu pun kalua awak tak nak anggap that it’s not a date. Saya tak paksa awak untuk anggap yang itu date. Awak boleh anggap malam ni macam malam biasa.” Luqman rambles on.

            “Okay!” Qaireen jawab bersahaja. “Pick me up tonight after Isya’, okay?”

            Sebelum sempat mendapat persetujuan daripada Luqman, Qaireen terus berlalu masuk ke dalam kereta. Perut yang kosong dan lapar, minta untuk diisi dengan kadar segera. Sudah bermacam-macam jenis lagu yang didendangkan.

            Di dalam kereta, Nurin tidak bertanya apa-apa. Menunggu sahaja Qaireen untuk mula bercerita. Dia perlu bersabar walaupun itu jauh daripada apa yang dia mahukan. Dia mahukan jawapan dengan segera.

            Qaireen memakai tali pinggang keledar dan selepas memastikan Nurin telah memakai tali pinggang keledarnya, perlahan-lahan kereta comel Qaireen keluar daripada tempat parker. Sewaktu dia lalu dihadapan Luqman yang masih tidak berganjak lagi dari tempatnya sejak tadi, dia menurunkan tingkap keretanya.

            “I’ll see you tonight. Remember lepas Isya’ come and pick me up!” Qaireen memberikan flying kiss kepada Luqman sebelum menekan minyak keretanya.

            “What in the world was that? You have a date with lover boy?” Nurin tersenyum. Dia tidak sanggup lagi menunggu Qaireen mula bercerita.

            “Dia ajak I keluar malam ni. Untuk celebrate our successful presentation today. Tapi I tak faham kenapa dia tak ajak you and Afiq sekali. I mean, kalau nak celebrate our successful presentation, mestilah ajak you guys sekali. After all, we’re in one team, kan? And it’s not a date. Just a friendly dinner.”

            “You ni lembablah! Takkanlah dia nak ajak I dengan Afiq sekali? Clearly, he’s asking you out to spend more time with you. And babe, obviously it’s a date.”

            Qaireen tidak membalas. Dia memberhentikan keretanya di hadapan lampu isyarat yang berwarna merah.

            “Nak spend time apa lagi? I have spend so much time dengan dia tau! I baru ingat nak keluar dengan your brother since this past two weeks I have been so busy with this assingment. And again, it’s not a date. He say so himself.”

            Nurin mengeluh geram. Dia meraup wajahnya dengan kasar. Sudah terang lagi bersuluh Luqman mengajak Qaireen untuk keluar berdatting. Orang buta pun boleh nampak. Qaireen sahaja yang enggan mengakui kebenaran itu.

            “Itu lain, ini lain. Qai, believe me. It’s a date. Dia cakap macam tu sebab dia nak sedapkan hati you aje. But trust me, it’s a date. Maybe by tonight, he’ll ask you to be his girlfriend. Who knows, kan?” Nurin menggoyangkan keningnya ke arah Qaireen. Qaireen menggelengkan kepalanya sebelum meneruskan perjalanan mereka ke kedai makan pilihan Nurin selepas lampu isyarat bertukar warna hijau.

            “You’re delusional, do you know that?” Qaireen ketawa perlahan.


            Nurin ketawa. Dia membetulkan duduknya dan memandang keluar tingkap. Terbayang wajah abangnya. Well, brother looks like you have to speed up your plan, bisik hati Nurin. Tidak sabar dia mahu sampai kerumah untuk memberitahu tentang ini kepada abangnya. 


Older Post | Newer Post