Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Balqis..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep here, Do follow


My Post

Thanks Bear

Template 100%: Atin Tory
Editor:Your name
Help:
BAB 7
Saturday 18 June 2016

BAB TUJUH
“BUKAN SEMUA CERITA CINTA BERAKHIR DENGAN KEGEMBIRAAN…”

KERETA diberhentikan dihadapan pintu pagar tanah perkuburan Islam. Yasin dikeluarkan daripada dashboard kereta. Songkok dipakai. Enjin kereta dimatikan. Perlahan-lahan dia melangkah keluar daripada keretanya.

            Sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada keretanya, cahaya matahari membutakan matanya buat beberapa saat. Dia memejamkan matanya sebelum membukanya semula.

            Pintu kereta ditutup dengan perlahan dan dia mengunci keretanya. Nafas ditarik sebelum dia melangkah meunju ke tanah perkuburan Islam.

            Dengan penuh berhati-hati, dia berjalan supaya tidak terlangkah kubur yang tidak dinaikkan seperti kubur-kubur yang lain. Sepanjang perjalanan menuju ke kubur yang di cari, mulutnya tidak berhenti-henti membaca Al-Fatihah.

            Sebaik sahaja sampai di kubur yang dia tuju, perlahan-lahan dia duduk di kerusi batu yang ada di hadapan kubur itu.

            “Assalamualaikum sayang, abang datang.” Bisiknya perlahan sambal memegang batu nisan yang bertulis nama arwah isterinya, tarikh lahir dan tarikh dia meninggal dunia.

            Yasin dibuka dan perlahan-lahan dia membaca surah Yasin buat arwah isterinya. Sambil membaca surah Yasin itu, tangannya mencabut rumput-rumput yang tumbuh di atas kubur, membuang daun-daun kering yang gugur dan membuang bunga yang sudah layu.

            Setelah dia habis membaca Yasin, Yasin ditutup. Dia meraup wajah tuanya. Yasin di masukkan ke dalam poket baju. Nafas ditarik panjang.

            “Maafkan abang tak datang tengok sayang lama sangat.”

            “Saya maafkan abang.”

            Encik Muhammad Michael memejamkan matanya rapat-rapat. Terngiang-terngiang ditelinganya suara arwah isterinya.

            “Abang rindukan sayang.” Bisiknya perlahan berserta dengan linangan air mata jatuh ke pipi.

            “Saya maafkan abang.”

            Semakin laju air matanya mengalir. Ditelinganya terngiang-ngiang suara arwah isterinya. Mengatakan dia memaafkan dirinya berserta dengan senyuman. Disaat-saat akhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.

            “Abang rindukan sayang.” Katanya sekali lagi.

            Setelah beberapa minit dia duduk di kubur isterinya itu, akhirnya dia berlalu dengan hati yang berat. Berat hatinya mahu meninggalkan isterinya. Namun dia harus pergi. tetapi dia akan kembali. Seperti hari-hari yang lain.

            Sampai sahaja dikeretanya, dia menghidupkan enjin kereta. Dia menyandarkan badannya ke kerusi kereta dan memejamkan matanya dan memicit . Serta-merta bayangan arwah isterinya yang sedang tersenyum, yang sedang memandang ke wajahnya dengan penuh kasih sayang, terbayang di matanya.

            Sungguh dia rindukan isterinya. Dia rindukan belaian manja arwah isterinya. Pelukan isterinya. Suara lembut isterinya memujuk dirinya. Dia rindukan semua itu.

            Dia sanggup mengorbakan segala yang dia ada kini jika itu sahaja jalan untuk dapat bersama dengan isterinya semula. Isteri dan anak-anaknya. Dia sanggup menjadi peminta sedekah jika itu yang dapat mengembalikan isteri dan anak-anaknya. Dia sanggup.

            Bunyi telefon bimbit yang sengaja dia letakkan di dalam dashboard membawa dia kembali kealam nyata. Dia keluarkan telefon bimbitnya dan keluhan berat keluar daripada bibirnya.

            “Hello…” lemah sahaja suaranya.

            “Hello abang! Abang dekat situ lagi ke? Bila abang nak balik? Dah pukul berapa ni.” Bebel Puan Marliana.

            “Saya nak balik dah ni, Mar. Awak tunggulah sekejap. Jalan jem ni. Abang letak dulu. Bye!”

            “Ab…”

            Encik Muhammad Michael terus mematikan talian sebelum sempat Puan Marliana berkata lebih lanjut. Dia memandang tanah perkuburan dihadapannya buat kali terakhir sebelum dia mengundurkan keretanya dan berlalu pergi.

“ABANG ni kenapa? Selalu sangat pergi sana. Saya ni yang ada dekat rumah, abang buat macam tak nampak aje.”

            Encik Muhammad Michael meraup kasar wajah tuanya. Sebaik sahaja dia sampai tadi terus sahaja dia diserang dengan isteri mudanya itu. Tidak sempat lansung dia nak duduk untuk mengambil nafas dan meminta air untuk membasahi tekaknya yang kering.

            “Mar… kita cakap nantilah. Saya penat ni.” Kata Encik Muhammad Michael bersahaja. Dia meletakkan songkoknya di atas meja.

            “Lain kali bila bang? Setiap hari, lepas subuh aje, abang hilang. Lepas tu abang balik tengah hari, itu pun kalau saya call abang. Kalau saya tak call? Alamatnya sampai ke petanglah abang duduk dekat situ. Abang buat saya macam tak wujud aje. Dahlah anak-anak abang lansung tak hormatkan saya, abang pulak buat saya macam ni. Kadang-kadang saya rasa macam saya ni perempuan simpanan abang aje.”

            “Apa awak merepek ni, Mar? Masa saya masuk meminang awak dulu, apa awak kata? Awak sanggup berkongsi kasih, kan? Awak tak kisah kalau anak-anak saya susah nak terima awak. Tapi sekarang ni, awak cakap macam ni pulak. Awak ni kenapa?”

            Puan Marliana mendiamkan diri. Memanglah dahulu sewaktu suaminya menghantar rombongan meminang dahulu, seboleh mungkin dia menyakinkan ibunya yang dia sanggup. Dia tidak kisah jika dia terpaksa berkongsi kasih dan anak-anak tirinya sukar untuk menerima kehadiran dirinya.

            Namun, hati siapa tidak sakit jika diri dilayan seperti patung. Dia tidak kisah dengan layanan anak-anak tirinya terhadap dirinya kerana dia amat faham dengan mereka. Memang sukar untuk menerima perempuan lain sebagai ibu kedua.

            Namun, yang membuatkan dia sakit hati ialah layanan suaminya ini. Semakin hari, semakin dingin layanan suami terhadap dirinya. Kadang-kala, dia terpaksa pergi membuat check-up sendirian kerana suaminya terlalu sibuk. Sibuk buat apa pun, dia tidak tahu.

            “Saya penatlah bang macam ni. Ya, saya memang tak kisah dengan perangai anak-anak bertuah abang tu. Saya juga tak kisah kalau dulu saya terpaksa berkongsi abang dengan dia, tapi takkan lepas dia dah pergi pun saya nak kena berkongsi abang dengan dia juga? Dia dah matilah bang! She’s seven feet under, bang. Buat apa abang nak tunggu dia lagi? Lepaskan ajelah dia!”

            Encik Muhammad Michael terus bangun daripada duduknya. Dia berdiri tegak dihadapan isteri mudanya yang sedang memandang dirinya. Laju dada Encik Muhammad Michael naik turun menahan amarah.

            “Awak dengar sini, Mar. Jaga sikit mulut awak tu bila bercakap. Awak kena ingat, kalua tak sebab Tina, awak tak akan ada dekat mana awak berada sekarang ni tau. Kalau tak sebab Tina izinkan saya kahwin dengan awak, saya tak akan kahwin dengan awak. Ya, memang dia dah meninggal, tapi pada saya, dia tak pernah pergi. Dia masih ada dengan saya. Saya tak akan pernah lepaskan dia. Awak faham?”
            
            Dengan itu, Encik Muhammad Michael berlalu pergi. Dia naik ke tingkat atas, ke bilik arwah isterinya dahulu. Pintu bilik dihempas dengan kuat.

Puan Marliana yang masih ada di ruang tamu, tersentak apabila terdengar bunyi dentuman pintu yang dihempas. Dia memegang perutnya yang tiba-tiba terasa sakit. Perlahan-lahan dia duduk di atas salah satu sofa yang terdapat di ruang tamu.


Perasaan serba salah mula menguasai dirinya. Dia menggigit bibirnya. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini mudah sangat mulutnya ini terlepas cakap. Sudahnya, bergaduh dengan suami. 


Older Post | Newer Post