Hello!
Welcome to my simple triple blog, i`m Balqis..thanks for visited my blog, nice to meet you, leave your footstep here, Do follow


My Post

Thanks Bear

Template 100%: Atin Tory
Editor:Your name
Help:
BAB 8
Saturday 3 September 2016

BAB LAPAN
“BUKAN SEMUA CERITA CINTA BERAKHIR DENGAN KEGEMBIRAAN…”

“THANK YOU for picking me up.” kata Faezya perlahan. Dia memejamkan matanya dan menyandarkan kepalanya ke kerusi kereta.

            Qaireen memusingkan badannya menghadap Faezya yang kelihatan amat letih dan sakit. Jarang sekali dia lihat lelaki ini sakit. Walau sekuat mana dia berkerja, memang jarang sekali dia dengar lelaki itu mengaduh keletihan ataupun sakit. Boleh dikira dengan jari rasanya.

            “You sure tak nak pergi klinik ni, Fae? I don’t mind.” Qaireen memerhati sahaja tindak-tanduk lelaki disebelahnya itu.

            Faezya membuka matanya dan menoleh ke arah Qaireen. Dia menguntum senyuman nipis. Tadi tengah hari dia dapat tahu daripada adiknya, Nurin, bahawa malam ini Qaireen sepatutnya pergi keluar makan bersama Luqman. Dia yang mendengar berita itu, terus memikirkan cara untuk membuatkan Qaireen terpaksa membatalkan janji mereka. Akhirnya, dia memutuskan untuk berpura-pura sakit. Namun, entah macam mana betul-betul sakit dia kena.

            Bila di fikirkan balik, eloklah dia sakit tidaklah dia perlu berpura-pura sakit dihadapan Qaireen. Sakitnya itu bukanlah teruk sangat seperti dia katakana pada Qaireen, hanya pening kepala sahaja. Namun sakit, tetap sakit.

            “No, I’m absolutely sure. Sakit sikit aje. Nanti sampai rumah I makan Panadol and I’ll feel better. No worries.”

            Qaireen menganggukkan kepalanya. Dia memusingkan semula badannya menghadap stereng kereta. Enjin kereta dihidupkan dan perlahan-lahan dia meninggalkan bangunan pejabat Faezya.

            Qaireen sangat bangga pada Faezya. Pada usia yang muda, sudah terlalu banyak yang dia capai dengan usahanya sendiri tanpa sebarang bantuan daripada kedua ibu bapanya. Walaupun mama dan papa Faezya ada ingin menghulurkan sedikit bantuan, namun Faezya berkeras menolak. Katanya dia mahu mencapai segalanya dengan usaha kerasanya sendiri.

            Sekarang lihatlah dia di mana. Pada usia 25 tahun dia sudah pun bergelar billionaire. Sedikit sahaja lagi mahu mencapai gelaran millionaire. Semuanya dari usahanya sendiri. Dan Qaireen tidak boleh berasa lebih bangga dengan kejayaan kawan baiknya itu.

            “You tak ada plan ke malam ni?” tanya Faezya, berpura-pura tidak tahu. Saja mahu melihat reaksi Qaireen.

            Qaireen yang sedang memandu tiba-tiba menekan break membuatkan kereta berhenti mengejut. Badan mereka berdua terdorong kedepan. Nasib baik masing-masing pakai tali pinggang keledar kalau tidak sudah tentu ada yang terpelanting keluar kereta.

            Besar mata Faezya memandang Qaireen yang diam sahaja. Apahal dengan minah ni? Gila apa?!

            “Weh, you apahal? Nak mati cepat ke apa?!” jerit Faezya, takut dan terkejut.

            “I lupa! I was supposed to go out on a dinner with Luqman. Ya Allah! I lupa sangat-sangat. I was so worried about you. I lupa nak call die and cancel about that dinner. Macam mana ni, Fae?!”

            Tidak berkelip mata Faezya memandang wajah Qaireen. Kalua ada cahaya yang menyuluh ke wajah itu sekarang pasti dia dapat lihat betapa merahnya wajah perempuan itu sekarang. Dan dia pasti akan lebih jatuh cinta pada perempuan itu.

            Qaireen menggigit bibirnya. Dia lansung terlupa tentang janjinya dengan Luqman. Tadi sebaik sahaja dia sampai ke rumah, dia sudah pun memilih baju yang dia mahu pakai untuk pergi keluar makan bersama lelaki itu. Selepas dia selesai mandi dan mahu menunaikan solat Maghrib, tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon daripada Faezya. Lelaki itu mengadu kepalanya sakit dan mahu meminta pertolongan daripadanya.

            Selesai sahaja menunaikan solat dia menyarungkan baju yang dia letak di atas katilnya, dan terus bergegas pergi ke pejabat Faezya. Dikepalanya lansung tidak terfikir mahu menghantar mesej mahupun menelefon Luqman untuk membatalkan janji mereka.

            “You call lah dia. Cakap yang you ada hal emergency and you can’t make it to the dinner.” Balas Faezya bersahaja. Dia cuba tidak menunjukkan apa-apa reaksi diwajahnya walhal di dalam, sudah terlalu gembira dia rasakan. Terlampau sangat!

            “That’s a great idea!”

            Qaireen meraba-raba poket baju dan seluarnya, mencari handphonenya. Dahinya berkerut. Rasanya tadi dia ada sempat ambil handphonenya yang… dia terlupa! Dia memandang Faezya disebelah yang sedang memandangnya dengan kening terangkat.

            “I forgot to bring my phone with me.” Kata Qaireen perlahan.

            “You drove all the way to my office without bringing your phone?! What were you thinking, woman? Obviously you didn’t! Macam mana kalau I dah balik and I nak contact you? Ya Allah… Qai kenapa you careless sangat?!”

            “I’m sorry! I was so worried about you. You never call me and say you’re sick. Not even a slight headache, Fae. And I freaked out, okay? I solat tadi pun tak khusyuk, constantly thinking about you. I totally blank out about everything. Luckily I know how to drive to your office. I’m sorry.”

            Qaireen menutup wajahnya. Sumpah, dia memang risau sungguh tadi. Terlalu risau hingga semuanya jadi kelam-kabut. Dia ingin terlalu cepat sampai ke pejabat Faezya sehingga lansung tidak memberitahu kembarnya ke mana dia mahu pergi. Entah pintu rumah dia tutup ataupun tidak, dia tidak tahu.

            Faezya meraup wajahnya. Kepalanya jadi semakin berdenyut-denyut. Dia menarik nafas panjang. Ya, dia juga bersalah. Bersalah kerana terlalu berlebih-lebih apabila memberitahu Qaireen bahawa dia sakit. Hingga membuatkan perempuan itu jadi gelabah. Bukan dia tidak tahu bagaimana perangai Qaireen jika dia gelabah ataupun takut. Habis semua benda jadi tidak kena. Nasib baik masih hidup.

            “Look, it’s okay. I’m sorry too, okay? Now, don’t worry that pretty head of yours. I’m sure he’ll understand.” Kata Faezya perlahan, cuba untuk memujuk. Walau kata itu susah untuk dikeluarkan daripada mulutnya, namun dia gagahkan jua. Demi Qaireen.

            Qaireen memandang wajah Faezya. Lelaki itu sedang tersenyum ke arahnya. Dia percayakan kata lelaki itu. Semuanya akan okey. Dia percayakan Faezya. Dia terlalu percayakan Faezya. Lebih dari dia percaya pada dirinya sendiri. And that’s a problem. 


SEBAIK sahaja punggungnya dilabuhkan ke atas sofa yang ada di ruang tamu rumahnya, tangan terus menanggalkan tali leher yang seperti menjerut lehirnya itu. Kemudian dicampakkan ke atas meja kopi yang ada di hadapannya. Kepala disandarkan ke kepala sofa. Sakit dikepala semakin menjadi-jadi berbanding tadi. Niatnya hanya mahukan perhatian daripada kawan baiknya sahaja tidak disangka-sangka betul-betul sakit kepala terus dia.

            Nurin yang sedang menggosok giginya terdengar bunyi pintu rumah ditutup terus berlari keluar daripada bilik air terus ke ruang tamu dengan berus giginya sekali di bawa keluar. Dia terus mengambil tempat disebelah abangnya yang sedang memejamkan matanya. Berehat. Tidak sabar dia mahu tahu hasil daripada rancangan yang dia cadangkan kepada abangnya petang tadi supaya Qaireen tidak pergi keluar makan bersama dengan Luqman. Walaupun kasihan dengan Luqman namun dia lebih kasihankan abangnya yang satu ini.

            “So, how? Did you tell her? Did she believed you?” tanya Nurin dalam satu nafas.

            Faezya mengeluh perlahan. Baru sahaja dia mahu rehat adiknya sudah datang menggangu. Pulak tu dengan mulut yang berbuih dengan ubat gigi. Tersembur-sembur ubat gigi dan jatuh ke atas sofa. Nasib baiklah jenis sofa kulit kalau tidak payah jugalah nak membersihkannya kembali.

            “Whoa, hold on there tiger! Tanyalah satu-satu. Abang pening kepala ni. Kalau ya pun pergilah kumur mulut tu dulu gelilah kalau mummy nampak teruk you kena bebel dengan mummy tau. Ni lagi satu, ambikkan abang Panadol dengan air masak, pening ni.”

            Nurin tergelak kecil. Dia mengelap air yang keluar daripada mulutnya. “Abang dahlah! You can drop the act now. She’s not here anymore. Kita dekat rumahlah.”

            “Abang tak berlakon ni. Serious abang pening kepala ni. Pergilah kejap aje. Air masak dengan Panadol then abang jawap semua soalan you.”

            Dengan berat hatinya, Nurin bangun dari tempat duduknya dan pergi ke dapur. Laju sahaja kakinya melangkah ke dapur. Tangannya juga laju menuangkan air masak ke dalam segelas cawan dan mengambil Panadol dari cabinet di dapur. Tidak dilupakan juga untuk membersihkan mulutnya. Kemudian sekejap sahaja segelas air masak dan Panadol sudah pun berpindah tangan.

            Faezya menelan Panadol yang sudah pun berada di tangannya dan meneguk air masak dengan sekali teguk sahaja. Kemudian cawan diletakkan di atas meja sebelum dia kembali menyandarkan kepalanya ke kerusi. Kepala dipejamkan.

            “Abaaaanggggg…” rengek Nurin apabila dia melihat abangnya lansung tidak ada tanda-tanda ingin menjawab semua persoalan yang ditanya sebentar tadi. “Bagi taulah. Tak baik tau! You’re killing me with curiousity!”

            “Okay, okay! I bagi tau. Ish, you ni kasarlah! Sakit tau.” Faezya memegang kedua belah tangan adiknya yang tidak berhenti-henti memukul badannya. Sudahlah kepalanya sedang sakit ditambah pula dengan pukulan dari adiknya. Makin sakitlah jadinya. “Okay for your first question, no I tak tanya dia, entahlah I rasa macam nak give up you know?”

            “Give up? Are you kidding me? Since when perkataan ‘give up’ wujud dalam kamus hidup you? Bukan abang tak pernah give up ke? And one more thing, nak buat apa give up? You didn’t even do anything before so give up apanya?” pantas Nurin memintas abangnya yang sedang menjawab soalannya.

            Faezya mengeluh. Dia mengusap wajahnya berkali-kali. Ya, dia memang bukan seorang yang mudah mengalah. Namun dia sudah pun kehabisan idea apa yang dia harus lakukan lagi untuk memenangi hati wanita pujaannya. Namun dia juga tidak sanggup untuk melepaskan Qaireen pergi. Jika dia lepaskan Qaireen bermakna dia membenarkan lelaki lain bertakhta di hati wanita itu. Lelaki lain yang akan memanggil Qaireen dengan panggilan ‘sayang’. Tidak!

            “You don’t understand, Nurin. I’ve been deadly in love with her ever since I know how to curse like a sailor. Abang dah buat macam-macam to make her feel the same way but I guess kitaorang tak jodoh. Dia anggap abang as her big brother that she never had. And plus, maybe she’s better with that guy, siapa nama dia? Raihan?”

            Nurin mengeluh. Penat sudah dia untuk memberi nasihat kepada abangnya. Sejak dahulu dia asyik menasihati abangnya untuk tidak mengalah. Namun abangnya tidak pernah dengar. Dari dahulu lagi dia sudah menyuruh abangnya untuk memulakan langkah sebelum terlambat takut nanti ada yang memotong peluang abangnya. Namun segala nasihatnya sia-sia sahaja. Abangnya lansung tidak melakukan apa-apa. Dah muncul lelaki lain baru terhegeh-hegeh namun tak sempat apa-apa lagi sudah mahu mengalah. Entah apa-apa aje!

            “Ish abang ni penatlah I bagi nasihat dekat you daripada dulu lagi tau tapi macam mencurahkan air ke daun keladi aje. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Dahlah! I pun give up dengan you! Kalau dah melepas ke tangan Luqman jangan datang dekat I merengek minta tolong okay!”

            Nurin memberikan jelingan tajam kepada abangnya sebelum mengangkat punggungnya dan berlalu masuk ke bilik. Meninggalkan abangnya sendiri di ruang tamu bersama. Mungkin memberikan ruang kepada abangnya untuk memikirkan semula keputusan yang dibuatnya tadi.

            Faezya meraup wajahnya. Keputusan sudah pun dibuat. Dia akan memulakan sesi untuk move on daripada crush sejak kecil. Bermula daripada esok dia tidak akan lagi menaruh harapan pada wanita yang menakluki hatinya. Dia akan mencari wanita lain untuk mengisi kekosongan di hatinya. Wanita yang mampu membuat jantungnya berdegup laju. Keluhan kasar dilepaskan.

            Akhirnya dia juga turut mengangkat punggungnya dan berlalu masuk ke dalam bilik. Semasa dalam perjalanan ke bilik matanya terpandang gambar dia dan Qaireen yang diletakkan di atas meja. Dia memandang lama gambar itu. Gambar graduasi dia dua tahun lepas. Mereka kelihatan sangat rapat. Walaupun pada hari itu ialah hari graduasi dia namun Qaireen yang memakai jubah. Senyuman diwajahnya sangat lebar seolah-olah pada ketika itu dialah yang pemegang ijazah ditangannya itu.


            Perlahan-lahan frame gambar itu diangkat dan diletakkan ke dalam drawer meja. Tiada lagi gambar di atas meja itu. Esok dia akan menggantikan gambar itu dengan benda lain. Bunga mungkin. Walaupun dia bukanlah penggemar bunga namun bolehlah buat sementara waktu. This is for the best, Fae, bisiknya di dalam hati. Dengan berat hati kaki mula mengorak langkah ke biliknya semula. Keputusan sudah di buat. Dia tidak akan lagi mengejar cinta daripada Qaireen. Enough is enough.


Older Post | Newer Post